Nora Plaza, Hasil Laut & Makanan Kering, Restoran Decha - Hatyai

Day 1 (1 Februari 2012)

Fuhhh!!! Busy sket akhir akhir ni... Ok la meh aku sambung cerita aku yang dah terbengkalai ni. Kami dapat tour guide Thailand, boleh berbahasa melayu tapi macam mat indon la bunyi percakapan dia. So..destinasi pertama kami pada hari tu adalah tempat shopping... iaitu Nora Plaza. Turun je bas, nampak ada orang jual mangga. Aku dan member-member terus pegi ke gerai buah tersebut, manakala ahli rombongan yang lain dah selamat masuk ke Nora Plaza. Aku nak cite sket pasal mangga. Sedap, manis dan besar giler. Harga 20THB. Makan mangga tu boleh la buat alas perut. Okey abes cite pasal mangga. Pasal Nora Plaza pulak. Kat sini ada jual macam-macam souvinier, tapi harga dia agak mahal sket kalau nak dibandingkan dengan kedai-kedai yang berdekatan hotel atau nite market, tapi semua barang kat Nora Plaza ni diberi potongan sebanyak 20%. Korang turun bas je, staff  kedai tu akan bagi kad diskaun sorang sekeping.  Selain shopping, boleh jugak rasa sup sarang burung kat sini. Tapi takde sorang pun berminat nak try sup ni.


bincang ape la tu??
model wayang kulit... huhuh
Dah selesai membeli-belah di Nora Plaza, kami bawa pula ke kedai menjual hasil laut dan makanan kering. Orang kata kat sini, gajus murah. Aku tengok, sekilo 175THB, kira murah la dari yang aku pegi masa mula-mula dulu 200THB tau. Banyak juge bezanya. Kat sini, aku dan member-member turut sama membeli belah, sebab nak buat buah tangan balik ke KL, untuk kudap-kudapan.


model biskut koala...
beli...borong...jangan tak borong.....
Dah selesai sesi borong-memborong, kami dibawa ke sebuah kedai bernama Decha, (betul ke macam ni ejaan dia?) untuk makan tengahari. Bagi aku terbaik la menu-menu kat sini. Korang nak makan hidang boleh, nak makan ala carte pon boleh. Aku nak try nasik kuning dia, lauk ayam goreng. Satu istimewanya kat Hatyai ni, ayam goreng die. Terbaik.. digoreng rempah dan dihidang panas-panas. Lagi satu yang best... bawang goreng dia ngan sambal dihidangkan sekali... Pedas dan terbaik wokk!!

nasi kuning dan ayam goreng...
Antara menu yang ada selain nasi kuning
lapar sangat ke odd?
Selain dari makanan yang sedap kat sini, paling besy adalah teh ais..ataupon dalam bahasa thai, 'cha yen'. Memang terbaik.. Kalau korang penggemar teh tarik atau teh ais, mesti cuba kalau datang kat sini.
the best ice tea in the world...
Makan kat sini, kira standard macam harga kat malaysia juga. Aku makan nasik kuning, ayam goreng dan teh ais 70THB. Kira ok la. Dah selesai makan, kami semua dibawa ke hotel untuk check in dan berehat.

0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member