Nightlife Pangkor Island

Hari Pertama (Part Akhir) - sambungan dari sini

Dah selesai island hopping kami semua pulang ke resort untuk membersihkan diri. Dah mandi air masin, kenalah bilas pulak dengan air tawar. Kat tepi bilik kami ada paip... so bilas je kat situ. Lepas tu, lepak jap kat luar kasi baju kering sket. Dah selesai membersihkan diri dan menunaikan solat jama' maghrib isyak, kami berehat sebentar sambil menonton televisyen.  Walaupun kat setiap bilik ada Astro seperti yang digembar-gemburkan dalam laman web, tetapi kat bilik cuma ada 2 siaran je. TV3 dengan Astro Fox. So... nak buat macamana? Layan je la kejap. Tengok jam dah pukul 8.00 malam, perut masing-masing dah lapar. Kami bersiap dan keluar untuk makan malam. 

Kami mencari-cari kedai makan yang tak berapa ramai orang, Kami bernasib baik kerana datang agak awal. Betul cakap orang, waktu musim cuti sekolah, cuti umum atau apa-apa saja cuti, semua perkhidmatan serta makanan di tempat peranginan akan jadi mahal. Kami duduk dan order makanan. Firasat kami mengatakan pesanan kami akan sampai lambat, walaupun kami ambil set untuk 5 orang. Kira-kira 15 minit, baru la air yang kami order sampai, seterusnya nasi, tomyam, sayur dan telur dadar. Mana la main dishesnya? Ikan masak 3 rasa tak sampai-sampai. Akhirnya, kami makan dulu tanpa lauk ikan. Tapi serius, set untuk 5 pax ni berharga RM90 sangat tak sesuai. Mahal dan tak berbaloi. Dah habis kami kendurikan lauk-lauk tadi dan nasik pun dah habis, baru la ikan kami sampai. So... ratah je la. Makanan memang sangat-sangat tidak memuaskan. Takde mood nak ambil gambar malam tu.

Dah selesai makan dengan licinnya, kami membayar harga makanan yang tak berbaloi tu. Tapi apa pun, alhamdulillah bersyukur dengan rezeki yang diberi. Kami berjalan-jalan di sekitar kawasan resort. Banyak gerai-gerai menjual makanan ringan, pakaian dan tak kurang juga cenderahati. Kami tak berminat untuk membeli cenderahati, sebab ada key-chain ye. FM pun tak berapa menarik. So.. tak beli la. Kawan-kawan lain agak galak shopping baju. Aku beli sehelai baju untuk adik lelaki aku. Memandangkan bajet aku agak semput, maka aku tak beli apa-apa untuk aku. 

Sebelum pulang ke resort, kami sempat membeli jagung bakar dan burger. Boleh makan sambil tengok tv kejap lagi. Nasib baiklah cerekarama cerita dia macam ok... so layan je kemudian kami tidur. Esok kami akan pulang semula ke K.L (Sorry, no picture for this post)...

0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member