16-18 March 2012 (Jumaat-Ahad) ada Matta Fair kat PWTC. Macam-macam agensi pelancongan ada kat sini. Mereka berkumpul untuk mempromosikan package pelancongan masing-masing dengan harga yang amat berpatutan katanya. Tapi, aku tengok harganya biasa je, cuma yang menguntungkan kalau korang bercadang nak bercuti masa peak hour @ super peak hour, sebab kalau korang bayar booking serendah RM50, korang dapat la harga yang ditawarkan pada Matta Fair tapi kena ingat la.. ada tempohnya. Selalunya promosi macam ni aku tengok untuk percutian domestik je, yang obersi aku tak nampak pulak. So minggu ni, aku dan member nak pergi ke Matta Fair, sebab kami bercadang nak treking kat Taman Negara, Pahang. Kalau nak backpacker tak tau la macamana caranya, almaklumla dalam hutan, buatnya sesat... tak balik KL la silap-silap dok tumpang rumah tok batin... Dah banyak kali aku pegi matta fair ni, dan kalau percutian domestik boleh la korang amek package kalau nak, tapi kalau taknak pun takpe. Jalan-jalan tengok keadaan. Waktu ni la kalau korang nak beli kamera, memang bagus kerana ia dijual dengan harga yang agak berpatutan. Lagi satu yang aku suka, sales person dari bank. Dieorang ni cari customer untuk jual kad kredit. Selalunya aku tengok dulu gift dia, kalau best baru aku register, kalau tak best... aku buat tak tau, kalau takde gift lagila aku bolayan. Jahatnya aku.. Lepas tu, diaorang akan call hari Isnin minggu depan tu, mintak fax slip gaji. Hehehe.. ye la kita mana bawak slip gaji pegi mana-mana kan. Aku buat tak tau je la. Bagi alasan yang sepatutnya... apa pun, gift dah dapat. Okey la.. aku share kat korang jadual Matta Fair 2012. Aku dapat dari laman web matta fair or korang boleh pergi kat sini... Boleh la pergi kalau nak tengok package yang berpatutan.... Nanti aku update pasal taman negara plak... Adioss
Date: 16th – 18th March 2012 (Friday-Sunday)
Time: 10.00 a.m. – 9.00 p.m.
Venue: Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia.
Frequency: Twice per year (depends on state)
List of MATTA State Fairs 2012 as below:
No. | State | Date | Event Name | Venue |
1. | SELANGOR | 10-12 FEB 5-7 OCT | SMITF SMITF | Shah Alam Convention Centre (SACC) Shah Alam Convention Centre (SACC) |
2. | JOHOR | 2-4 MAR 13-15 JUL | Matta Fair Matta Fair | Expo Hall @ Danga City Mall, JB Expo Hall @ Danga City Mall, JB |
3. | KELANTAN | 26-28 APR | Matta Fair | Kota Bharu Mall, Kota Bharu |
4. | KUALA LUMPUR | 16-18 MAR 7-9 SEPT | Matta Fair Matta Fair | Putra World Trade Centre (PWTC) Putra World Trade Centre (PWTC) |
5. | PERAK | 16-18 MAR 7-9 SEPT | Matta Fair Matta Fair | Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak |
6. | PENANG | 6-8 JUL | Matta Fair | Penang International Sports Arena (PISA) |
7. | SABAH | 6-8 JUL | Matta Fair | Suria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu |
8. | JOHOR | 2-4 MAR 13-15 JUL | Matta Fair Matta Fair | Expo Hall @ Danga City Mall, JB Expo Hall @ Danga City Mall, JB |
9. | NEGERI SEMBILAN | 29 JUN- 1 JUL | Matta Fair | Terminal One, Seremban |
10. | MELAKA | 24-26 AUG | Matta Fair | Melaka International Trade Centre (MITC) |
11. | KEDAH | 10-13 MAY | Matta Fair | Village Mall, Sungai Petani |
12. | PAHANG | TBA | TBA | TBA |
Matta fair ni ramai sangat orang.. sesak.. huhu
ReplyDeletepegi gak matta fair hari tu sebab nak g taman negara hujung bulan ni. Tapi kali ni tak best la tak banyak choice... boring
Delete