Factory Outlet - Dinner

Hari ke 4 (Part Akhir)- sila kelik sini untuk cerita sebelumnya

Malam tu, separuh dari ahli rombongan surrender untuk keluar bershopping kerana caireti baireti masih lagi menyerang. Dari 10 orang ahli, cuma 5 orang sahaja yang kuat semangat untuk bershopping, termasuk aku. Haha. Malam tu, seperti yang dijanjikan, Abang Lan membawa kami di bershopping Factory Outlet (F.O). Walaupun sebelum ni kami dah pergi tapi tak semua kedai kami ronda time tu. So, malam tu kami meronda sekitar F.O. Banyak betul F.O kat sini. Pakaian pun boleh tahan. Banyak pilihan, dan yang buat aku suka sangat saiz badan comel seperti aku ni, senang nak cari. Murah dan cantik pulak tu.

Depan salah sebuah Factory Outlet
yess..dapat seluar
ok gak seluar ni...
Selesai meronda dan bershopping di sekitar F.O, Abang Lan membawa kami ke sebuah kedai makan. Disebabkan tak berapa sihat dan sakit perut masih lagi terasa, maka kami cuma minum minuman panas dan makan sup je. Selain tu, kami bungkuskan jugak makanan untuk kawan-kawan yang tak ikut bersama pada malam tu, then kami balik ke hotel untuk berehat kerana esok kami akan pulang semula ke Malaysia. Sempat jugak kami request kat Abang Lan untuk ke Pasar Baru pagi esok kerana ada barang-barang kiriman yang tak dibeli lagi. Abang Lan jawab "Bisa aja.." sambil tersenyum.. suka pulak aku tengok dia senyum..Manisssss....Hahahaha

0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member