Pasar Baru - Kedai Brownies Kartika Sari - Goodbye Bandung

Hari ke 5- cerita sebelumnya kelik kat sini

Pagi tu, setelah bersiap-siap, kami turun bersarapan. Bila dah berjumpa, semua bercerita. Malam tadi, semua ahli rombongan tak tidur dengan lena sebab masing-masing masih lagi kena 'caireti baireti.' Hahaha. Nasib badan.... aktiviti kami pada pagi ni shopping kali terakhir di Pasar Baru. Selama 5 hari kat Bandung ni,  boleh dikatakan hari-hari kami ke Pasar Baru. Tak semua ahli rombongan nak ke Pasar Baru pagi tu, sebab kebanyakkannya nak sambung rehat sebab tak lena malam tadi dan nak packing barang. Memandangkan duit aku masih ada, aku ikut ke Pasar Baru untuk bershopping buat kali terakhir. Abang Lan memberi kami masa selama 2 jam untuk bershopping dan akan berjumpa semula di tempat parking kereta. Selesai bershopping, kami di bawa semula ke hotel untuk packing barang check out.

Lepas check out, on the way nak ke airport, kami singgah ke sebuah kedai brownies yang teramat famous iaitu Kedai Brownies Kartika Sari. Satu lagi, jajan yang wajib kita bawak balik ke Malaysia. Banyak betul pilihan brownies kat sini. Harga pun tak mahal sangat dan berbeza-beza mengikut perasa. Paling aku suka Browies Kukus Keju dan Brownies Panggang Chip Chocolate. Walaaah sedap giler. Semua ahli rombongan tidak ketinggalan membeli brownies di sini. Rugi kalau tak beli tau. Kalau korang datang ke Bandung, wajib singgah kat sini. Lagi maklumat tentang Kartika Sari boleh kelik kat sini

Setelah selesai shopping di sini, kami terus di bawa ke airport. Masa kami sampai, orang tak berapa ramai lagi dan kaunter drop luggage baru je dibuka. Kiranya, group kami yang pertama drop luggage kat kaunter. Fuhhh!!! Nasib baik tak excess luggage, sebab biasalah.. datang bawak satu beg balik pulak beg dah beranak pinak. Macam tak biasa. Hahaha. Selesai urusan kat kaunter, kami ke imigresen untuk cop pasport.  Sementara menunggu flight, kami menunaikan solat jama' zuhur. 

tolong pegang jap..
brownies keju..aku beli 2
Masa menunggu tu, kami dapat pengumuman, yang flight ke Kuala Lumpur delay 1 jam kerana cuaca yang tak berapa baik. Masa menunggu ni pun, ahli rombongan masih lagi diserang caireti baireti. Nasib baiklah kat airport ni ada jual air 100 plus, untuk menambah tenaga. Akhirnya, flight sampai dan kami berlepas dari Bandung. Bye bye Bandung. Alhamdulillah, penerbangan selama 2 jam, akhirnya selamat mendarat di bumi Malaysia. Sepatutnya aku dah masuk kerja esoknya, aku ambil cuti sakit sebab caireti baireti yang melampau sebab aku sampai tak larat nak bangun. Kenangan yang paling aku tak dapat lupakan. Akhirnya abis gak cerita Trip Bandung aku. Nanti aku sambung cerita lain yang banyak tergantung. Tunggu ye.....



1 comments:

  1. Pre order bagelen atau brownies kartika sari dan amanda fresh from Bandung,Indonesua
    whatsapp ina 0192633431

    ReplyDelete

 

Popular Posts

Member