Toko Tiga - Chihampelas Walk


Hari ke-4 (Part 1) - cerita sebelumnya kelik kat sini

Okey, hari ni kami bangun seperti biasa. Sakit perut masih lagi menyerang. Namun begitu, kami semua masih menguatkan semangat untuk menyambung aktiviti seterusnya. Pagi tu, selepas breakfast semua orang naik bilik dulu sebab... "melepas". Hahaha. Kami mengadu kepada Abang Lan yang kami kena 'mencret' (cirit birit). Abang Lan terkejut sebab kami baru bagitahu pagi tu. Sebelum ke Toko Tiga & Chihampelas, Abang Lan membelikan kami ubat 'mencret' dan ubat sakit perut. Serius, selepas makan ubat tu takde pulak kurang. Makin teruk ada. Hahaha. Mungkin kami tak sesuai dengan ubat herba. Oleh itu, aku nasihatkan.. kalau nak pergi travel kemana-mana, bawalah ubat sendiri. Mungkin kita tak serasi dengan ubat di tempat lain dan mungkin juga harga ubat di rumah sakit agak mahal. Aku geledah rak kat dapur, ada lagi ubat ni. So.. aku share gambar...

ubat sakit perut.. ubat mencret takde lak pic dia
Pagi tu, Abang Lan membawa kami ke Toko Tiga dulu. Kat sini kata orang jeans dia murah giler dan kualiti pun bagus dicampur pulak barangan kulit yang original dengan harga yang amat berpatutan. Sempat mencari tali pinggang wallet dan kulit tu pun sebab ada orang kirim. Kami tak lama di Toko Tiga sebab tak kena sangat dengan taste kami, jadi Abang Lan membawa kami Chihampelas Walk pulak. Macam biasa, kami shopping di Chihampelas Walk. Kalau korang nak cari jeans atau baju-baju yang stylo, boleh cari kat sini. Harganya pun tak la mahal tapi tak la semurah di Toko Tiga. Aku tak berminat sangat nak shopping kat Chihampelas dan Toko Tiga sebab saiz untuk aku agak terhad. Lagi info tentang Chihampelas Walk, kelik kat sini. Hahaha. Taste aku lebih kepada FO sebab kat sini saiz untuk gadis bersaiz comel (perasan) seperti aku ni banyak pilihan. Aku cuma menemankan kawan aku Halimah, mencari cenderahati untuk family dia. 


sembang apa tu??
motif gambar ni diambil??
Kalau korang datang ke Bandung, cenderahati yang amat sesuai diberikan adalah makanan. Haha. Semasa di Chihampelas Walk, terdapat kedai-kedai yang menjual jajan seperti Pisang Salai Berkeju dan Tempe Goreng. Huiiii sedap dan murah. Pisang Salai Berkeju memang sedap manakala Tempe Goreng pulak ada 2 perisa Tempe Pedas dan Tempe Keju, baru lepas masak dan masih garing. Aku borong agak banyak jugak Pisang Salai Berkeju ni sebab kena dengan selera aku. Tempe pun aku beli lebih sikit sebab family aku suka, maklumla orang Jawa. Hahaha. Aku takde pulak ambil gambar masa shopping makanan. Memandangkan perut kami semua masih lagi tak sihat, maka kami request untuk tapau makanan je. Makan kat bilik je la. Kami tapau KFC. Lepas makan tu kami request untuk berehat di hotel. Malam nanti Abang Lan akan bawa kami sambung shopping di F.O (Factory Outlet) pula.














0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member