Pulau Perhentian terletak kira-kira 23 km diluar pesisir pantai timur Semenanjung Malaysia. Ni kira macam first time trip aku bercuti bersama kawan-kawan. Kami semua berkumpul di Hentian Putra, Kuala Lumpur. Tepat jam 10.30 malam, bas pun bergerak menuju ke Besut. Perjalanan mengambil masa kira-kira 8 jam dari KL. So.. aktiviti dalam bas adalah Zzzzzz... (tido la). Tapi masa kat highway, bas kami ditahan oleh polis, sebab bas tu laju. Polis tu cakap, dia dapat aduan dari pengguna. Aku syak mestilah driver tu dapat 'nota cinta' dari polis. Lepas tu, perjalanan pun diteruskan. Kami sampai di Jeti Kuala Besut kira-kira jam 6am. Selesai menunaikan solat Subuh di surau yang berdekatan, kami semua bersarapan pagi di sebuah warung yang berhampiran dengan jeti tersebut. Menu pada pagi tu, bihun goreng, telur mata kerbau ngan sambal tumis ngan teh tarik. Sebab da lapar kan, aku bedal aje la walaupun tak berapa sedap.
ni la rupa warung kat tepi jeti tu...
Selesai breakfast, kami semua pun berangkat menuju ke bot. Aku punya terkejut la tengok bot tu. Tapi budget ciputkan... what do u xpect? Bot mewah kew? So.. naik aje la bot ni. Kire ok jugak, walaupon bot ni bot bawak ikan, tapi dalam dia bersih. Siap boleh baring-baring lagi. Cuaca pada hari tu sangat-sangat baik, matahari memancar dengan teriknya sehingga membakar kulit aku yang da memang terbakar ni.
bot yang kami naik tu..'gedek gedek gedek' bunyik die
Kami bertolak dari jeti jam 9.00am. Perjalanan sepatutnya mengambil masa 1/2 jam je (kalau naik speed bot), jadi 2jam sebab kami naik bot ikan ni. Terkedek-kedek sket la. Tapi.. aku suka sebab boleh melihat keindahan alam di tengah lautan ni... Lebih kurang jam 11am, kami sampai di Pulau Perhentian. Masa tu bot belum parking lagi, tapi ada kengkawan aku yang pandai berenang, terus terjun, tak sabar mandi laut katanya. Aku jeles sangat, sebab kalau aku pandai berenang, mesti aku join terjun sekali. Boleh je nak buat gile ikut terjun skali, tapi kang lemas nanti sape pulak yang susahkan?? Jadi, aku pon berfikiran dengan waras. Tunggu hingga bot parking.
dah sampai..ni la.... Jeti Perhentian kot name dia? Errkk betul ke?
Setelah sampai, tibalah sessi mengangkut barang-barang ke darat dan check in di chalet. Alhamdulillah, dapat la kami chalet yang 'agak' selesa. Bersyukur la sebab ada tempat tidur, mandi, dan salin baju. Lagipon semua bajet ciput, takkan nak dok chalet mewah-mewah pulak?? So... bersyukur dengan apa yang ada. Takde pulak gambar chalet ni aku nak tempek. Sorry la ye. Cukup kalau korang bayangkan chalet kami tu basic aje, ada toilet, katil ngan kipas. Selesai check in, apa lagi... serang pantai la.... mandi manda. Fuh... memang cantik sangat. Boleh nampak ikan-ikan di dasar laut, dan ikan-ikan tu mesra alam lagi. Dah mandi-manda tu perut masing-masing berirama keroncong.. lapar ler tu. Kami pun berkelah, makan-makan kat tepi pantai. Walau dah lama berlalu kenangan ni. aku still ingat lagi menu dia, ikan goreng, sayur, sambal ngan nasik putih. Syahduunya makan kt tepi pantai ni...
Selesai makan, mandi manda lagi sehinggalah diberitahu aktivit petang tu adalah snorkeling. Fuuhh... aku dah la first time ni... So... aku pun belajar-belajar la.. mengapungkan badan aku... Nasib baik la ada life jacket kalo tak.. boleh ke aku apungkan badan aku? Hehehe.. untuk permulaan, aku snorkel kat tepi-tepi aje tempat yang cetek, agak-agak aku boleh jejak kaki. Mana kawan-kawan aku yang berani dan pandai berenang, dah ketengah. Takpe la.. aku kat sini pun da ok, walaupun mereka ajak pergi sampai ke tengah, tapi aku tak pergi sebab aku tak pandai berenang, lagipun aku ni penakut. Dieorang bagitau aku, ikan dan batu karang kat tengah-tengah tu cantik. Ikan warna warni. Aku dengar aje la sambil sengih-sengih. Teringin juga tapi takoott... hehehe. Nasib baik la ada sorang member aku yang baik hati dan prihatin ni. Dia offer aku follow dia, sampai ke tengah. Aku pon apa lagi.. ikot la.. Subahanallah... indahnya ciptaan tuhan. Akhirnya dapat juga aku tengok pemandangan di tengah-tengah lautan tu. Memang cantik. Puas hati. Hampir senja, baru la kami semua naik ke darat. Yela... masing-masing da keletihan dan kelaparan semula. Kami semua masuk ke chalet untuk membersihkan diri dan menunaikan kewajipan kepada yang Esa. Sebab semua da lapar, tiba la masa time dinner.
0 comments:
Post a Comment