Animal World Safari & Animal Show

Day 1
Okey... aku cite pasal trip ke Melaka pulak kali ni. Bagi aku, trip ni besy sebab semua satu kepala. Takde masalah pon. Kami pergi ke Melaka naik kereta. Perjalanan dari KL mengambil masa selama 11/2 jam. Penginapan telah diuruskan oleh kawan aku, thanx Ena. A' Famosa resort terletak di Alor Gajah, Melaka. Kira-kira jam 11 am kami sampai di A'Famosa Resort. First skali, kami kena beratur untuk membeli tiket. Nasib baik la orang tak berapa ramai. Ada beberapa package untuk korang pilih. Kami pilih nak masuk ke Animal World. Kami dibekalkan dengan location map. So... ikut je map tu. Tiket masuk yang dikenakan oleh seorang pemegang MyKad adalah RM35 termasuk dengan makan sekali. Apa yang menarik di A Famosa ni terdapat show yang amat menarik dan korang boleh rujuk timing show tersebut pada map yang diberi. Kalau nak tau lebih lanjut tentang A'Famosa Resort ni... boleh la kelik kat sini. Masa kami masuk, Elephant show baru je bermula. Bijak-bijak gajah kat sini dan yang paling menarik gajah kat sini boleh mengurut dan menarik ye.. nanti boleh la korang try... hehehe. Aku share video kat korang..

Apex menanti tendangan penalti 

rileks bang... saya bukan nak pijak..cuma nak urut je 


Jom menari same-same....

Selesai menonton Elephant Show, kami dibawa meronda dengan menaiki tramp ke kawasan haiwan liar yang dibiarkan lepas bebas. Tramp tu mestila bertutup... giler kalau tak bertutup, tak pasal-pasal pengujung jadi makanan harimau dan singa.. huhu... Dari dalam tramp, kami dapat melihat haiwan-haiwan liar pelbagai jenis dari dekat.

dalam tramp 




Layan blues... eehhmm....

sebahagian dari haiwan liar yang dibiarkan bebas dikawasan ni...

Kira-kira 1/2 jam kami dibawa meronda kat kawasan ni dengan menaiki tramp. Lepas tu, tiba la time multi animal show. Dalam show ni, bermacam-macam haiwan yang telah dilatih untuk menghiburkan penonton. Ada  member aku amek video cat show ni.. meh aku share.. tapi goyang sket laa

Lompat melalui gelung api


Jom race bro... ada brani?? 

Yeaahhh...aku juara!!!

Dah habis multi animal show, kami dihiburkan dengan bird show pulak. Yang menariknya, korang boleh tengok burung melukis dan boleh la amek gambar dengan burung yang korang suka... tapi kena bayar ye...

ni namanya lukisan abstrak ye.... 

 dari kiri...cepat jalan....!!!


I'm lost...please help!!!!

Memang puas hati. Show ni lebih kurang dekat sejam. Dah selesai kami menonton semua animal show, sempat kami naik gajah. Berapa bayaran untuk elephant ride tu aku tak ingatlah. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Monkey Island. Memang island bebetul sebab kami kena naik rakit untuk pergi ke island tersebut. Bukan jauh mana pun... tak sampai 5 minit, tapi memang besy rakit ni..

sebelum naik gajah, kena beli tiket dulu... 

suke ye dapat naik gajah.... 

dalam rakit.. menuju ke Monkey Island 

depan tu Monkey Island

Kecik je Monkey Island ni. Bermacam-macam jenis monyet ada kat sini, dari dalam dan luar negara. Aku tak ingat la jenis-jenis monyet, tapi yang paling aku ingat monyet brazil, sebab monyet ni kecik.. comel..lepas tu kat telinga kiri kanan dia ada bulu putih... cute laa... aku share kt korang gambar dia

ni la monyet brazil.. gambar bawah pulak...tak tau monyet jenis ape 
tapi comey juge...


Selain tengok-tengok monyet kat sini, kite boleh bagi makan jugak kat dia. Boleh beli makanan tu, sepeket RM4. Dah settle tengok monyet, kami pulang semula ke darat untuk makan tengahari. Kami bernasib baik kerana masa tu tak ramai orang sangat sebab kebanyakkan pengunjung dah makan awal kemudian baru mereka ke Monkey Island. So.. masa kami telah pulang ke darat, dah ramai orang beratur menunggu giliran untuk menaiki rakit. Kami pergi ke kafeteria untuk mengambil makanan, tak banyak choice yang tinggal.. cuma ada nasik ayam... boleh la... makan je sebab dah lapar. 


0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member