Minta maaf kalau ayat-ayat aku tak tersusun, ye la.. aku ni bukan la pandai sangat nak mengarang ni. Kali ni aku nak citer pasal vacation kat Penang. Actually Penang adalah bahasa omputih... betul kah? Dalam bahasa melayu dipanggil Pulau Pinang atau gelarannya adalah.. Pulau Mutiara. Kenapa dipanggil Pulau Mutiara, ntah la.. jangan tanya aku. Tapi rasanya korang boleh rujuk kat Wikipedia... mungkin ada jawapan kat situ. Panjang plak mukadimah...Okeyla... aku mulakan sekarang. Trip kali ni atau lebih seswai dikenali dengan rombongan disertai oleh 12 orang. Ramai kan... Kami berkumpul di KL Sentral seawal 9.00 pm kerana train akan bergerak ke Butterworth jam 10 pm, kalau tak silap aku. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 8 jam. Pada mulanya kami nak beli tiket untuk ADNS Berth (ada katil), tapi ntah nape, masa tu takde untuk berth sebab katanya nak buat pembaharuan. Nak amek yang kabin, mahal la plak kan...so.. kami pun amek yang ekonomi punye...aku tak ingat berapa harga dia.. tapi korang boleh rujuk kat page sini .
gembiranye.. nak gerak ke Penang....
sukenya dapat naik train ye...
0 comments:
Post a Comment