Pagi ni, tak perlu nak rushing kerana aktiviti free and easy. Disebabkan keletihan perjalanan yang jauh ke Krabi semalam dan tidur pun lewat, kami cover tidur la. Kami bersiap-siap dan keluar dari bilik pada jam 10am. Pagi tu kami breakfast di Rocky Muslim dulu sambil bincang nak kemana pagi tu. So plannya nak pegi pasar pagi (aku tak ingat nama tempat tu) so aku panggil pasar pagi. Kat sini ada jual bermacam-macam jenis barang. Dari beg, baju, kasut, makanan dan sebagainya. Kami diberitahu, kemungkinan besar takkan singgah di Danok. So.. bajet aku memang nak beli pes tomyam dengan kekacang dalam tin. Sedap sangat.. macam-macam perisa ada.
Rocky Muslim Restaurant |
Menu kami pada pagi itu nasi putih, roti canai dan tomyum. Tak sempat nak snap gambar sebab kelaparan yang teramat. Tapi yang macam otak-otak ni, kalau korang jumpa kat sana, korang patut cuba. Sedap dan pedas. Isi dia ikan dan warna putih tu aku tak dapat nak translatekan rasanya. Tapi... sedap dan terbaek. Dah selesai makan, ada satu pakcik tu kebetulan bawak tuk tuk dan bertanya kami nak kemana. Kami terus tempah pakcik tu sebab dia pun breakfast kat tempat yang sama. Dah selesai breakfast, kami pun pergi ke pasar pagi dengan menaiki tuk tuk. Di pasar ni, kami berpecah dan berjumpa di pintu masuk jam 1.00pm waktu Malaysia untuk pulang ke hotel, sebab petang ni, kami akan dibawa ke Songkla dan Floating Market.
0 comments:
Post a Comment