Hari terakhir dan (part dua)- sambungan dari
sini
Tepat jam 11.00 pagi, kami check out. Kami meminta pihak resort untuk memanggil van. Kira-kira 10 minit kemudian, van pun sampai. Aku bertanya pada brader yang bawak van tu, berapa harga untuk tour island. "Bagi diskaun la.. RM70" jawab brader tu. Selalunya RM80. Ok la... kami setuju. Mula-mula sekali kami dibawa ke kilang memproses makanan. Kat sini ada jual sate ikan, sotong dan banyak lagi, pendek kata apa yang terdapat di jeti sebelum ni... sama dengan apa yang ada di kilang ni. Harga pun lebih kurang je. Kami beli secara ala kadar sebab malas nak angkut naik feri. Cadangan kami nak beli kat jeti je nanti. Tak lama kami kat kilang ni. Kejap je. Dah selesai membeli, brader tu bawak kami lalu ke kawasan kampung melayu dan kampung cina.
|
van kami |
Destinasi ke-2 kami adalah tokong cina. Apa yang menarik di sini, terdapat replika Tembok Besar, China. Walaupun saiznya tak sama tapi kira ok la seterusnya menaikkan angan-angan aku untuk ke ke sana satu hari nanti.
|
Tokong Cina |
|
tabung untuk donation.. |
|
replika Tembok Besar |
|
Batu rupa orang |
Setelah berjimba-jimba, posing dan bergambar kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Galeri Pangkor. Galeri ni kecik je. Kalau besar jadi muzium pulak kan. Kat galeri ni, bermacam-macam sejarah Pangkor yang dapat kita lihat.
|
antara artifak yang dijumpai |
|
kapal nelayan?? |
|
kawasan dalam galeri |
Dah selesai meneroka sejarah Pulau Pangkor, kami dibawa ke tempat yang terakhir iaitu Kota Belanda. Disini terdapat sejarah Pulau Pangkor dan penaklukan Belanda ke atas Pulau Pangkor. Aku share gambar kat ye.
|
kawasan kota belanda |
|
sejarah belanda di perak |
|
lagi sejarah... |
|
kota belanda |
Kota Belanda merupakan destinasi terakhir kami. Aku sempat beli minyak unta untuk ayah aku. Dah selesai, kami dihantar semula ke jeti. Masa kami sampai di jeti... punya la ramai manusia yang beratur menunggu giliran untuk menaiki feri. Kami duduk berehat sebentar dan bercadang nak menunaikan solat jama' zuhur asar dahulu sebelum ke Lumut. Last part akan bersambung selepas ini....
0 comments:
Post a Comment