Hi semua.... harap korang semua sihat. Sangat-sangat lama aku tak update blog ni. Kemalasan sangat ketara disamping hujan lebat dan banjir yang kerap melanda kawasan rumah aku. Walaupun begitu, aktiviti travel masih juga berjalan seperti biasa. Huuuuu...
Hari ni konon-konon datang kerajinan aku untuk menyambung cerita yang tertunggak sejak dari bulan Januari lagi. Dah siap taip dengan ayat-ayat yang konon best dan tersusun (perasan lak) sampai masa nak upload gambar kat blog aku ni.. tetiba tak leh lak upload. Bengang aku. Takkan la sebab dah lama tak update blog aku takleh dah upload gambar. Aik? Kenapa? Why me.?. Uhuk uhuk.. sedih. Jenuh la aku sign off sign on, tukar password semua tapi masih tak boleh. Try dekat lappy adik aku pun tak boleh.. mana tau kot-kot masalah laptop aku. Tapi...rasanya takde masalah. Try upload satu-satu pun tak boleh. APTB..
Huuu.. tak boleh nak upload gambar, tapi aku taip je story jalan-jalan aku.Tapi... tak berapa menarik pulak.
Aku tak suka... sebab kalau boleh aku nak la letak gambar-gambar untuk share dengan korang semua. Huuu.. Kalo korang pernah alami masalah ni.. share la ngan aku ye, kot-kot ada solution yang boleh solve problem aku ni..Ok jom solat. Mana tau kot-kot dapat petujuk dari-Nya.
Labels:
Kuala Lumpur
Location: Kuala Lumpur
Segambut, 68100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment