Kuala Terengganu

Kuala Terengganu memang cantik. Orangnya pon peramah dan sangat membantu. Sebenarnya kami semua plan nak pergi Pulau Redang. Tapi aku agak kecewa sebab bila aku beritahu berapa budget... boleh kata semua surrender. Aku rasa itu dah termurah aku cari, sebab aku pun memang rijek mahal-mahal sangat, tapi dah orang tak berminat nak buat macamana...Walaupon begitu, aku tetap nak pegi jugak ke Terengganu, lagipun cuti dah lulus, kenapa nak lepaskan peluang? Kebetulan, terlintas di fikiran aku nak call bestfriend aku masa kat sekolah rendah lagi. Aku pun call dia, terus ajak dia ke Kuala Terengganu, dan.... ajakan aku tu diberi jawapan positif. Aku pun bagitau officemate aku ajak dia skali. Dia pon bagi jawapan positif. Kawan-kawan lain yang merijek plan aku ke Pulau Redang, aku tinggalkan. So.. kami bertiga sahaja pergi ke Kuala Terengganu. Kami bertemu di Mcdonalds The Mall sebab bas ke Kuala Terengganu di Hentia Putra. Aku berterima kasih kepada bestfriend aku, Ena sebab membelikan tiket bas. Di Mcdonalds, aku memperkenalkan Ena dengan officemate aku (bestfriend kat ofis) Halimah. Kami mengambil keputusan untuk dinner di McDonalds memandangkan perut masing-masing telah berkeroncong. Selesai dinner, kami  berjalan menuju ke Hentian Putra. Tepat jam 10.00 pm, bas Sani Express bergerak meninggalkan ibu kota. Aku nak bagitau la.. aku ni kaki tidur. Kebetulan kami bertiga dapat seat yang belakang sekali... disebabkan keletihan bekerja siang tu aku terus tertidur, (macamlah aku je yang keje) sementara 2 orang  kawan aku tu berbual-bual...cepatnya dieorang mesra... Aku sedar-sedar dah sampai stesen bas Kuala Terengganu. Aku tengok jam, dah pukul 4.30am. Kami dijemput oleh Kak Long and hasben, sepupu member aku. Alhamdulillah, kami  dapat homestay dengan bilik kipas attached bathrom lagi.. baru RM30 satu malam. Yang paling terharu, Kak Long siap belikan breakfast lagi. Terima kasih banyak-banyak kepada Kak Long & hasben. Nama homestay tu Seri Ibai. Aku takde la gambo homestay nieh. Sampai di homestay, kami terus check in dan berehat. Sedar-sedar dah pukul 9.00am. Panas giler bilik tu, maklumla rumah kayu.. lagipun RM30 satu malam.. what do u expect? Bersyukur dengan apa yang ada. Sesudah membersihkan diri, kami makan breakfast yang dibekalkan di ruang makan yang disediakan. Kebetulan, semasa breakfast tu, terserempak dengan owner homestay ni. Kami request nak bilik bertiga, Dia cakap ada tapi mahal sikit, sebab ada air-cond dan tv. Sewa dia tak la mahal dalam RM60 satu malam. Kami tak fikir panjang, terus setuju, tapi tak boleh masuk on the spot sebab belum kemas. Orang baru check out pagi-pagi lagi. Kami pun buat keputusan untuk berjalan di sekitar homestay dan mengambil keputusan untuk pekena teh tarik.. baru complete. Sambil minum, kami berbincang macamana nak berjalan-jalan disekitar K.Terengganu ni. Maklumla.. tiada persediaankan, jadi kami pun bertanya pada owner kedai. Kami difahamkan, ada bas tapi kena tunggu lama. Fuhhhh.. tak leh tu..buang masa. Dan tuan kedai nasihatkan kami supaya menyewa kereta.Tuan kedai tu sangat membantu. Dialah yang mencarikan kami kereta sewa. Pada mulanya kami request nak kereta kancil je, tapi takde pulak.At last, dapatlah sebuah kereta proton wira...jadilah dari takde... Setelah membayar harga minuman, kami pun pulang ke homestay. Alhamdulillah, bilik yang kami request telah siap dikemas, apalagi.. angkat barang-barang terus check-in bilik baru... yess...haha. Bilik tu ada tv, aircond, katil queen ngan satu katil single..bilik mandi attached skali. Kire ok sangat-sangat. Pkl 11am, kereta pon sampai. Aku lupa la berapa harga sewa kereta tu. Setelah membayar deposit, kami pun terus bersiap untuk keluar. Masuk je dalam kereta, tengok meter minyak da masuk "E". Aiseh.. nasib baik la ada stesen minyak yang berdekatan. Kami isi RM50. Bajet untuk ronda-ronda selama 2 hari..dari pagi sampai malam. Hala tuju kami yang utama adalah mencari tiket bas balik ke Kolumpo. Nanti takde tiket, tak pasal-pasal je kena extend sehari. Alhamdulillah, kami dapat tiket bas balik ke Kolumpo untuk hari Ahad, jam 12.30 pm.

Kereta sewa kami dan modelnya.. tak gitu ena??

Kemudian, kami singgah ke restoran berdekatan untuk mengisi perut. Menu utama restoran ni ialah Nasi Ayam, tapi kami tak makan nasik ayam sebab nak try menu yang lain tapi takde rezeki kami sebab tukang masak takde sebab pegi solat jumaat. Baru aku teringat, hari tu hari Jumaat.. tukang masak dia lelaki, so pegi solat jumaat la. Sebab da lapar sangat, order je la nasik ayam...boleh la tahan. Kami masih lagi tiada lagi hala tuju pada hari tu. Ada gak tanya budak waiter tu mana tempat-tempat yang menarik... jawapan dia "saya baru kijo sini kak." Kami tersenyum je. Selesai makan dan membayar harga makanan, kami ronda-ronda di sekitar bandar Kuala Terengganu.

Nasi ayam Kuala Terengganu

Tengah ronda-ronda, ternampak signboard.. Taman Tamadun Islam. So.. itulah destinasi pertama kami. Keadaan jalan raya di Kuala Terengganu tak macam Kolumpo. Lagipun, banyak signboard disediakan. Aku jamin, kalau korang drive, korang takkan sesat di Kuala Terengganu.

0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member