Lata Tembakah

Pagi tu kami dijamu dengan hidangan nasi lemak. Selesai mengemas barang-barang, kami check out dan terus menuju ke jeti, bot telah menunggu. Seperti biasa, naik la bot ikan yang comel tu. Perjalanan mengambil masa 2 jam untuk sampai ke jeti Kuala Besut. Sampai di jeti, 2 buah van telah tersedia menanti untuk membawa kami ke destinasi seterusnya...iaitu Lata Tembakah. Masa on the way ke Lata Tembakah tu, kami singgah di kedai keropok lekor.. di Losong, beli keropok lekor dan sata.

Gerai keropok losong...sata pun ada dijual di sini...sedddaaapppp....

Perjalanan dari jeti ke Lata Tembakah mengambil masa lebih kurang 20 minit je. Sesampainya kami disana, kami terus mendaki tangga. Letih tak payah citer la... dengan mengangkut makanan semua. Tapi bila sampai je kat atas memang heaven sangat. Besy giler air terjun dia. Hilang letih mendaki tangga tadi. Cuma satu bahayanya, batu-batu kat situ licin. Kena la berhati-hati.


gambar-gambar kat atas tula.. air terjun Lata Tembakah. Heaven tak??

gambar kat bawah ni diambil masa mendaki anak tangga


Lepas mandi laut, mandi air terjun pulak. Kire complete la trip mandi manda kami pada kali ni, air masin dan air tawar. Kirenya kali ni kami berkelah di air terjun pulak. Bila kat air terjun ni, baru perasan muka masing-masing terbakar, merah macam udang kena bakar. Kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur jam 8.30pm. Walaupun 2 hari 1 malam, tetap menyeronokkan.


0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member