Day 2 (sambungan)
"Assalammualaikum... selamat tengahari" kata pemandu pelancong. Kami dah sampai di Krabi. Aku tengok jam, masa tu dah pukul 1.30pm, bermakna waktu Thailand baru 12.30pm. Waktu makan tengahari dah sampai, so kami cuma pergi makan di gerai-gerai yang berhampiran. Banyak jugak gerai makanan halal di sini.
|
antara hidangan pilihan makanan |
|
ayam goreng Krabi |
Kami diberi masa sehingga jam 1.30pm (waktu Thai) kerana selepas itu kami akan dibawa ke masjid yang berdekatan untuk solat jama'. Kami di bawa ke masjid Al-Aman untuk bersolat. Dah selesai bersolat, kami dibawa ke tempat kami makan tadi. Di situ kami dibahagi kepada 2 kumpulan, kerana ada sesetengah ahli rombongan nak snorkeling, dan kami diberi taklimat yang bas akan bertolak semula ke Hatyai jam 6pm (waktu Malaysia) Aku dan group tak join snorkeling kerana tak sediakan bajet untuk snorkeling lagipun agak mahal bagi aku, 1000THB. Waktu pulak terhad, lagipun rombongan ni tak bermalam di Krabi. Kalau bermalam dan sehari suntuk berendam dalam laut, baru puas hati dan berbaloi-baloi 1000THB tu. So group kami berbincang nak kemana. Kami bersiar-siar di tepi laut sahaja, jalan-jalan dan ambil gambar di samping membeli souvnier. Kat Krabi, senang nak tawar-menawar dan harganya pun standard je.
|
Masjid Al-Aman |
|
ingatkan keretapi... |
|
rupanya steamroll.... |
Masa jalan-jalan dan bershopping, ternampak pulak kat tepi2 tu ada tuk-tuk. Memandangkan kami tak bersnokel, lebih elok kami buat sighseeing. Member aku bertanya berapa harga untuk sighseeing. Dia jawab "500THB but for musolem, (tapi untuk muslim) 400THB. Satu tuk tuk boleh naik 4 orang. Jadinya, sorang 100THB la. Setelah setuju dengan harga, memandangkan kami 8 orang, kami ambil 2 tuk tuk. Kalau kat Hatyai tuk tuk dia guna lori kecil, tapi kalau kat Krabi ni, tuk tuk dia guna motor. Kiranya macam motor roda tiga la. Kami dibawa meronda sekitar Krabi. Aku rasa elok perkhidmatan seperti ini di buat di pulau-pulau dan kawasan pantai di Malaysia. Aku bertuah sebab dapat driver tuk tuk yang sangat peramah. Beliau boleh berbahasa inggeris tapi... faham-faham je la ye. So... kadang-kadang jadi bahasa ayam itik la. Hahahaha. Semasa buat sighseeing, kami juga diberi peluang untuk bergambar di beberapa tempat yang menarik. Good service.
|
dok menung apa tu cheq? |
|
Tuk tuk Krabi berserta modelnya.. |
|
boleh buat xtvt naik gajah feenya 800THB |
|
tempat shopping mopping di Krabi |
|
Jambatan ni baru di bina tau... |
Masa kami sighseeing tu tiba-tiba hujang turun dengan lebat. Memang good service, sebab nak elakkan dari penumpang basah, driver tuk tuk tu turunkan tirai (kira mcm tingkap la). Menurut driver tuk tuk tu, hujan cuma turun kat kawasan gajah ni je dan kawasan kampung, nanti bila sampai di tepi pantai tak hujan dah. Kira-kira 15 minit, kami sampai di kawasan kami naik tuk tuk tadi. Betulla.. kat tepi pantai ni tak hujan langsung. Sighseeing berlangsung selama 45 minit. Kami lihat banyak gerai yang menjual makanan. Setelah membayar harga service sighseeing, kami menuju ke gerai makanan. Aku suggest korang wajib makan pancake. Macam-macam perasa pancake ada kat sini dan paling aku rekemen, pancake nutella ngan pancake cheese milk. Fuhhh!!!! pancake lain sedap juga, tapi paling aku suka dua perasa ni la. Harganya pulak ikut pada perasa. Paling mahal pun dalam 40THB je.
|
cara-cara membuat pancake |
|
Pancake Nuttela |
|
Pancake Cheese+Milk |
Sambil makan tu, aku memerhatikan gelagat orang sekeliling. Aku lihat, kebanyakan pengunjung kat sini adalah dari luar negara (omputih) la. Lama kami melepak kat gerai pancake tu, macam-macam makanan yang kami cuba sementara menunggu bas untuk balik semula ke Hatyai. Sebenarnya kalau datang ke Krabi, elok la buat aktiviti pulau sebab pulau-pulau dia memang menarik. Memandangkan aku tak buat aktiviti pulau di Krabi ni, satu hari nanti aku akan repeat semula. Kira-kira 7pm (waktu Malaysia) bas dapat menjemput kami yang tak pergi pulau. Tapi apa yang aku dapat komen dari mereka yang ke pulau, ada yang tak puas berendam... hehehehe. Macam biasa, bas berhenti di Trang untuk makan malam. Aku tengok menu tak kena dengan tekak, so aku ngan member-member tahan perut je la. Sepanjang perjalanan balik ke Krabi, kami tidur je. Tapi ada skali tu aku terbangun sebab terbau sesuatu yang kurang menyenangkan. Sape la yang 'melepas angin' dalam bas aircond ni. Aku tutup hidung dengan sweater sambung tidur. Sedar-sedar dah sampai kat Hatyai. Aku tengok jam dah pukul 1am (waktu Malaysia). Perut dah lapar ni, so aku dan member-member bincang naik bilik jap buat apa yang patut lepas tu makan kat Lee Garden. Dah settle makan, kami balik bilik dan tidur. Esok aktiviti siang bebas, dan petang tu kami akan dibawa ke Songkla dan Floating Market.
|
muka keletihan baru sampai dari Krabi |
0 comments:
Post a Comment