Hari Pertama (Part 4)
Okey.. aku sambung semula cerita Taman Negara yang telah lama tergantung. Sebelum aku meneruskan cerita seterusnya mengenai Bandung, aku ingat nak cuba habiskan cerita tentang Taman Negara, Pahang. Korang boleh rujuk
sini untuk cerita sebelumnya. Jom baca... hehehe
Setelah membersihkan diri dan menunaikan kewajipan, kami bersiap untuk dinner. Brader Azman dah menanti kami di restoran. Dinner kami pada malam tu adalah nasi goreng, ayam goreng dan sayur. Air pulak, sirap je.. tapi sedap dan kami berpuas hati. Hehehe. Okey... dah kenyang dan kami meneruskan aktiviti pada malam itu, Jungle Night Walking. Aku tak pernah masuk hutan malam-malam... seram. Hehehe. Kami ke restoran terapung untuk menanti bot yang akan membawa kami ke seberang sungai.
|
Entry Point |
|
boat yang dinaiki kami |
Dah sampai di seberang sungai, kami terus ke hutan. Rupanya di dalam hutan ni terdapat chalet yang dimiliki oleh Mutiara Taman Negara. Cantik chalet-chalet ni. Kami melalui chalet-chalet ni untuk masuk ke hutan. Menurut brader Azman terdapat haiwan-haiwan liar yang dibiarkan bebas bergerak di sekitar chalet. Antaranya tapir, wild boar (aku inggeriskan sebab kalau bahasa melayu kurang sopan lak) dan lain-lain. Kalau bernasib baik korang akan terjumpa rusa berkeliaran sekitar sini.
|
Dah sampai di Mutiara Taman Negara |
|
sebelum meneruskan aktiviti |
|
Tapir |
Lepas tu, kami sampai di menara tinjau. Di sini terdapat menara 2 tingkat. Dari sini, kita akan dapat melihat haiwan liar yang keluar pada waktu malam untuk mencari makanan dan sumber mineral. Meriah keadaan di menara tinjau pada masa ni. Aku tak ambil gambar pun waktu ni, sebab gelap gulita. Kami sempat melihat sekumpulan spesis rusa mencari makan dan kami berbanyak terima kasih kepada group Jepun kerana dengan torch light kuasa tinggi mereka, kami dapat join sekali melihat haiwan tersebut dengan jelas. Kalau korang berminat boleh jugak tidur kat menara tinjau ni. Berkhemah la. Tapi.. kalau aku seram kot. Hehehe. Selalunya mat salleh yang berminat buat aktiviti camni. Dah puas, melihat haiwan tadi, kami bergerak pulang semula ke jeti untuk kembali semula ke dorm. Waktu masih awal, baru pukul 10.00 pm. Brader Azman mengajak ke sebuah kedai makan, untuk berehat setelah penat trekking tadi. Lepak jap sambil tengok tv dan borak-borak. Brader Azman cakap, kedai ni satu-satunya yang beroperasi sehingga lewat malam dan merupakan tempat pekerja-pekerja di Taman Negara ni bersantai-santai setelah penat seharian bekerja.
|
Secawan Teh Halia untuk kesegaran |
Dah minum, mata pun dah mengantuk kami pulang ke dorm untuk berehat. Esoknya kami akan masuk ke hutan semula dan akan buat aktiviti menggua. So.. akan bersambung nanti ye.
0 comments:
Post a Comment