Huiii.. laju lak siapkan cite Bandung Gateaway ni... Oh ye.. Credit tu Ilya & Halimah kerana gambar-gambar ni. Okey... jom teruskan story. Sebenarnya petang selepas pulang dari bershopping di Pasar Baru, aku kena caireti baireti.. tapi aku tahan je sebab tak la teruk sangat. Alhamdulillah, kawan kami yang tak berapa sihat tadi dah beransur pulih... Malam tu kami dibawa ke Waroeng Steak untuk dinner.
Ramai orang kat sini. Menurut guide kami, waroeng ni merupakan tempat muda mudi melepak dan berdating pada hujung minggu disamping makanan serta minumannya yang sedap. Kami memesan makanan masing-masing, dan disebabkan orang ramai, makanan yang dihidangkan agak lambat manakala ada diantara minuman yang kami pesan tiada dan terpaksa order semula.
salah satu menu
yng belakang tu guide kiteorang |
alhamdulillah.. senyum kekenyangan |
Dah selesai makan, kami meneruskan misi kami iaitu mencari baju di FO. Dengar cerita FO di Bandung banyak baju plus size. Maklumla ada diantara kami bersaiz begitu termasuk aku... heheeh. Dalam entry sebelum ni, aku ada ceritakan yang guide tu ada membantu kami. Dia membantu kami dari segi mencari kedai menjual baju-baju plus size. Maklumla takde baju nak pakai esoknya tu. Banyak FO kat sini, dan kami berpuas hati kerana baju-baju plus size banyak pilihan dan murah. Aku dapat 3 helai seluar dengan harga yang amat-amat murah dan kualiti yang amat bagus.
Dah selesai membeli belah di FO, kami pulang semula ke hotel untuk berehat. Esok nak berhibur di Trans Studio Bandung pulak... Nantikan sambungan berikutnya...
pilih jangan tak pilih |
0 comments:
Post a Comment