Lumut-Pangkor

Assalammualaikum.... agak banyak jugak story aku yang tergantung, tapi dah mengada-ngada taip story baru. Huhuhu.. bukan ape, kemalasan yang amat ketara sedang melanda jiwa.. huhuhu. Aku baru balik dari Pulau Pangkor sebenarnya. Kali terakhir aku ke Pangkor pada tahun 1998. Lama giler.. dan totally dah berubah. So.. sementara masih fresh otak aku, meh aku story pasal percutian aku ke Pangkor.

Hari Pertama ( Part 1)

Trip ni disertai oleh 5 orang. Kali ni, aku join group BFF aku. Bebudak ni semua member masa dia study kat universiti dulu. Kami bertolak dari KL menuju ke Lumut, kira-kira jam 8.00 pagi dengan menaiki kereta.  Perjalanan ke Lumut mengambil masa kira-kira 3-4 jam. Cukup-cukup 5 pax dalam kereta. Aku diperkenalkan dengan kawan-kawan lain, Hajar, Seha dengan Marlida. Diaorang ni sporting. Selepas diaorang pikup aku, kami bercadang nak breakfast di R&R, malangnya R&R terlepas dan kami dapat lihat kerana di R&R terlalu padat dengan manusia, masing-masing dengan agenda tersendiri dan ditambah pula cuti sekolah. Nasib baik sebelum pergi aku sempat minum susu segelas so boleh la tahan sket buat alas perut ni dan aku lihat kawan-kawan lain memang masing-masing bawak makanan ringan. Disebabkan R&R dah terlepas dan papan tanda menunjukkan R&R seterusnya 108km lagi.. Fuhhh!!! Takpe la.. masing-masing makan je makanan ringan yang dibawa untuk mengalas perut. 

Masa nak cari jalan ke Lumut, kami agak sesat dan untuk tidak memburukkan keadaan kami berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak dan sambil-sambil tu leh la tanya jalan nak ke Lumut. Nasib baik kami tak tersasar jauh. Dari pekan Bidor kami terus menuju ke Lumut. Boleh tahan juga jauhnya., alhamdulillah akhirnya kami sampai di Lumut akhirnya. Kami terus mencari parking. Mentang-mentanglah cuti sekolah, parking naik juga ye. Kami di kenakan RM20 untuk sehari. Takde bumbung pulak tu. Takpela. Sekali sekala. Dah selesai mengangkat beg masing-masing, kami terus menuju ke jeti. Disebabkan kami sampai tu dah tengahari, jadi kami mengambil keputusan untuk makan dulu di jeti. Harga makanan di jeti boleh tahan. Aku makan laksa dengan air asam boi RM7.50 ye. Laksa dia pulak, sikit giler. Huhuhu.. takpela buat alas perut.

laksa jeti... 
Masa nak bayar harga makanan tu, aku ternampak karipap yang baru siap digoreng, panas-panas lagi tu. Sedap pulak nampak karipap tu. Terus aku beli. Huhuu... dah selesai membeli jajan-jajan, kami ke kaunter tiket untuk membeli tiket feri. Tambang yang dikenakan RM10 (return). Dah selesai beli tiket, kami beratur pulak untuk menaiki feri. Giler ramai manusia. Masing-masing nak bercuti di Pulau Pangkor. Lama gak kami beratur adalah dekat 1/2 jam baru la dapat naik feri. Feri tu 2 tingkat. Memandangkan di tingkat atas penuh, kami pun duduk la kat bawah. Dapat je tempat duduk... mata otomatik jadi berat.. ngantuk.. hehehe.. Disebabkan tak nak terlepas pemandangan dari atas feri, aku tahan jugak mata mengantuk. Kami semua naik ke tingkat atas. Di situ, boleh tengok pemandangan kampung-kampung nelayan. Cantik.. Kami sempat bergambar-gambar posing kat atas feri. Hehe.. Boleh tahan lamanya nak ke jeti Pangkor, 1/2 jam jugak la. Dah sampai, kami terus check out dari feri. Sampai kat jeti, ramainya driver-driver yang menawarkan perkhidmatan kenderaan, senang citer teksi la..

Tambang untuk kami berlima ke Purnama Beach Resort adalah RM17. Jauh jugak dari jeti ke resort tu. Adalah dalam 7 km. Resort kami ni di Teluk Nipah. Diaorang cakap malam-malam kat sini happening tambahan pulak dekat dengan pantai. Nanti kita tengok, sejauh mana happeningnya kat Teluk Nipah ni. Dah sampai di resort, terus kami check in. Kami dapat bilik deluxe dengan harga RM165 satu malam. Bilik tu agak luas, cuma yang kami tak puas hati sebab ada 1 katil single dan 1 queen bed, mana plak nak muat berlima dengan katil ni. Akhirnya kami mengambil satu tilam. Tu pun kena charge RM5. Boleh la... Disebab waktu masih awal dan masih lagi panas terik, kami berehat-rehat dan menunaikan kewajipan pada yang Esa. Petang nanti kami nak pergi island hopping dan layan gambar-gambar ye. Gambar takde la cantik sangat sebab aku pakai handphone.

Pemandangan di Jeti Lumut

contact no chalet 

masih di jeti lumut
pemandangan dari atas feri
tempat tinggal kami...
Tunggu cerita selanjutnya....

0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member