Bakso Granat & Paris Van Java

Hari Pertama (Part 3) - Sambungan dari part 2 click sini

Kami keluar malam tu untuk dinner. Abang Lan pikup kami di hotel lepas Maghrib. Malam tu kami dinner di Bakso Granat. Granat bermaksud bom tangan kiranya inggeris (grenade) yang diindonesiakan, . Tapi, kedai bakso ni agak moden, macam kedai makanan segera. Kedai bakso ni dua tingkat. Kami semua duduk di tingkat atas sebab kat bawah agak penuh. Aku tak berapa ingat dah menu-menu dia.. almaklumla dah nak setahun. Huhuhuh...

Bakso Granat
wajah ceria setelah  kenyang perut..
Setelah kenyang, masing-masing dah mengantuk tapi sanggup menahannya. Malam tu kami dibawa bersiar-siar di Paris Van Jaya. Tempat ni kiranya kalau kat Malaysia tu, macam Pavillion, Bukit Bintang la, tempat orang kaya-kaya Indonesia. Hehehe. Masa kami pergi tu kebetulan ada sale barang-barang branded. Kalau dilihat memang agak murah dari harga Malaysia. Tapi kami tak beli apa-apa pun. Hehehe. Kami cuma bersiar-siar. Kalau korang peminat setia Manchester United leh la lepak-lepak kat kafe dia kat sini. Sempat jugak kami makan donut and coffee ala-ala The Big Apple katanya.

Paris Van Java
cafe MU
motif amek gambar ni tak tau..

sebahagian ahli rombongan...
 Dah selesai meronda-ronda kat Paris Van Java, kami semua pulang ke hotel untuk berehat. Esoknya kena bangun awal kerana kami akan dibawa ke Tangkuban Parahu. Tunggu....


0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member