Hari Kedua (Part 1) sambungan dari
sini
Pagi-pagi kami dah bangun bersiap dan bersarapan. Sarapan kat hotel je. Jam 9am, kami di jemput oleh guide kami. Pada hari tu, kami ditemani oleh orang lain, bukan Abang Lan. Aku tak ingat nama guide ni, tapi aku puji usahanya dalam membantu kami mencari sesuatu. Okey.. nanti aku cite dia bantu ape ye..Selesai bersarapan, kami dibawa ke Tangkuban Parahu. Perjalanan dari Bandung ke Tangkuban Parahu mengambil masa 1 jam. Sedikit info mengenai Tangkuban Parahu. Ia merupakan gunung berapi yang masih aktif. Kali terakhir ia meletus pada 1910. Terdapat juga kawah-kawah air panas. Masa kami sampai, ramai peniaga-peniaga berkerumun untuk menjual ole-ole. Tapi kalau tak berminat, cuba tolak dengan baik ye. Ye la diaorang pun cari makan. Kami bersiar-siar sekitar Tangkuban Parahu. Kawasan dia agak sejuk dan berkabus. Bau macam belerang pulak masa jalan-jalan kat sini. Selain tu, terdapat banyak gerai-gerai menjual cenderahati.
|
gambar wajib bagi setiap rombongan... |
|
kawah tangkuban parahu dan modelnye.. |
|
kedai-kedai di Tangkuban Parahu |
Dah settle bab berjalan-jalan dan bergambar dan shopping sesikit di sini kami nak bergerak pulang ke Bandung semula. Aku sempat menyambar sehelai t-shirt je, sebab aku dah takde baju nak pakai malam ni yelah.. dah kata nak shoppingkan so aku bawak baju sikit je la.
|
Lunch kami pada hari tu.. |
|
sedap ikan ni... |
Tengahari tu kami dibawa untuk lunch ke Dapur Sangkuriang. Restoran ni nampak klasik sangat dan makanan dia pun sedap. Salah seorang ahli rombongan tidak berapa sihat, jadi selepas makan kami menghantar dia ke hotel, manakala kami semua pula meneruskan agenda kami iaitu shopping di Pasar Baru. Kawan kami yang tak sihat cuma mengirim langsir je. Setelah siap menempah langsir dan bershopping, kami pun pulang semula ke hotel untuk berehat dan menunaikan kewajipan kepada yang Esa. Malam nanti kami akan keluar jugak...
0 comments:
Post a Comment