Pasar Satok dan Little Indian Street

Day 4


Hari ni merupakan hari terakhir kami berada di bumi Kuching, Sarawak. Kalau tak salah aku, pasar Satok ni dibuka pada hujung minggu sahaja. Memang kami bernasib baik kerana dapat berkunjung kedua-dua pasar yang glamer kat sini. Sampai je kat pasar Satok, kami meronda-ronda untuk membeli souvinier. Agak murah kalau nak dibandingkan di bandar. Aku sempat membeli tshirt untuk anak sedara aku, dan keychain. Kata orang, terubuk masin Sarawak paling sedap. Kami tak beli pun ikan terubuk kat situ, sebab kebetulan keluarga kawan kami mengusahakan terubuk masin, so... order kat dia aje la. Dia punya pack memang cantik. Tak kuar bau pon. Selain tu, kami berjalan-jalan di Indian Street melihat -lihat kalau ada barang yang berkenan untuk dibeli.

Little Indian Street

Little Lebanon 

yang kiri tu la kawan kami

Selesai shopping disini, kami pulang ke hotel, sebab pukul 12 tuan punya kereta nak amek balik kereta die. Selesai urusan pemulangan kereta, kami bergegas ke bilik untuk packing sebab jam 2 pm guide akan ambil kami di hotel untuk menghantar kami ke airport. Masa on the way hantar kami, sempat lagi abang driver tu beli burung. Aku tak tau jenis burung tu, sebab aku bukan peminat burung. Tapi memang murah.



Jam 5.30pm, kami pun berlepas balik ke KL dengan kenangan manis... Yeaahhhh!!! Tamat cerita pasal Sarawakian....Jumpe plak kat trip yang lain

0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member