Bandar Hilir

Last Day

Hari ni last day kami di Melaka. Kami check out pagi kerana nak meronda sekitar Bandar Hilir. Sebelum meninggalkan condotel tu, kami sempat amek gambar. Sebelum ni aku cakap aku takde amek gambar kan, bila aku geledah balik... ada sekeping. Meh aku share.



Da settle kami checkout, kami sempat singgah di Cowboy Town tempat kami berjimba-jimba malam tadi. Waktu siang takleh masuk ke dalam, lagipon malam tadi tak sempat nak bergambar diluar kawasan Cowboy Town, jadi waktu siang ni kami mengambil kesempatanlah. Cantik jugak kat luar ni.



Dah selesai berjimba-jimba, kami meneruskan perjalanan ke Bandar Hilir. Kami sempat bersarapan di sebuah restoran.Aku tak ingat la makan ape, tapi biasa-biasa aje. Kira-kira 30 minit perjalanan, kami pun sampai Bandar Hilir. Memang busy tempat ni, sebab boleh kata semua orang tertumpu di sini. Agak sukar kami mendapatkan parking. Setelah berusaha, akhirnya kami berjaya mendapat parking. Sistem bayaran parking pulak, guna kad. Korang kena beli kad parking dan gores dari pukul bape korang parking. Macam tu la kot kalo tak salah aku. Lepas tu letak atas dashboard kereta. Di sini terdapat banyak tempat-tempat menarik. Nanti aku sambung lagi ye.

0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member