Overland : Kuala Lumpur - Siem Reap

Sangat-sangat lama aku tak update blog aku ni. Cerita-cerita banyak yang tergantung. Mana-mana yang aku tak habiskan, aku akan cuba habiskan. Insyallah.

Kali aku nak cerita pengalaman pertama aku buat overland. Route aku KL-Siem Reap -Pattaya - Bangkok - Penang - Kl. Dengan route macam ni kami dapat pergi 2 negara lain sekaligus.

KUL - SIEM REAP

 Flight dari Kuala Lumpur ke Siem Reap Hanya ada 2 flight sehari. Seperti biasa kami menaiki AirAsia. Kami cuma beli tiket sehala. Kebetulan ada sale time tu. Dapatlah RM135 sehala. Kami menaiki flight pertama pukul 6.45 am kalau tak silap. Pukul 4.30 am kami dah tercangak kt LCCT. Ngantuk giler.

Sementara menunggu kaunter drop luggage dibuka kami pergi scan beg dekat kastam. Aku tengok tak ramai orang kite pegi Siem Reap yang ramai aku tengok orang luar. Omputih jew ramai.

Lepas siap dekat kastam kami pergi ke kaunter drop luggage yang baru sahaja dibuka. Nasib baik ambil luggage 30kg. Tu pun ehsan bestfriend aku yang kerja AirAsia. Terima kasih Pauzi. Nnt belanja lagi. Semoga murah rezeki.

Dah settle semua tu, baru la kami baru boleh rileks jap. Then menunaikan kewajipan. Lepas dah selesai semua urusan ngam ngam gate open then kami boarding. Alhamdulillah kami selamat menaiki flight. Flight dah bergerak kami pun melelapkan mata. Ngantuk wooo.. Aku tak ingat pukul berapa kami sampai di airport Siem Reap maklum la membuta sepanjang jalan.

to be continued....




0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member