Pangkor Island Hopping

Hari Pertama (Part 2) - cerita sebelumnya kelik sini

Setelah berehat dan menunaikan kewajipan, kami keluar untuk bersiar-siar sambil mengambil angin petang. Ramainya manusia petang tu, maklumla cuti sekolah. Petang tu, kami plan nak buat island hopping dan mandi laut puas-puas. Kami bertanya package untuk island hopping."RM20 seorang. Round 7 pantai, then last sekali mandi laut puas-puas..." jawab brader tu. So bincang dengan kawan-kawan, semua setuju... dan petang tu bermula la aktiviti pertama kami di Pulau Pangkor. Kami dibawa melawat ke pantai-pantai dan ditunjukkan batu-batu berbentuk haiwan hasil dari hakisan air laut.

island hopping
batu buaya
ikan paus
Akhirnya, kami sampai di destinasi untuk bermandi manda. Apa lagi.. terjun.. eh tak la. Turun la perlahan-lahan. Tapi bagi aku, pantai kat sini tak la secantik mana. Banyak batu, sakit kaki jugak terpijak batu. Pantai Telok Chempedak lagi best kot.. hehe. 

bermandi manda
Letih jugak mandi laut ni, perut pulak terasa lapar. Masa kami sampai, kami terperasan ada satu kedai makan, ala-ala beach cafe gitewww... tapi bukan la mewah punya cafe. Keadaannya biasa je, tapi harga dia.. harga cafe. So... perut dah lapar dan menu yang ada disitu cuma meggi dengan burger je. Kami semua order meggi je. Petang tu, makan meggi sambil ambil angin pulau... rileks je kat situ. Walaupun meggi, kami tetap makan dengan penuh selera... lepas makan, sambung mandi laut lagi sementara menanti bot datang untuk mengambil kami pulang semula ke darat.

yang ni bukan owner warung ye...
menanti meggi dengan penuh sabar
Masa kami sambung mandi-manda selepas makan, aku tengok makin ramai pengunjung datang ke sini untuk bermandi manda, sama macam kami jugak. Kira-kira pukul 6.00 pm, brader bot amek kami. Tapi aku tengok, makin petang, makin ramai orang datang kat sini. Takpela.. kami dah lama sampai, sampai naik kecut berendam. Okey, berendam sudah, makan pun sudah, cuci mata pon sudah. Kami pulang semula ke chalet untuk membersihkan diri. Malam ni... tak tau nak buat ape. Pergi makan je la kot. Sambungannya nanti ye..

0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member