What A Journey.. 17-24 Mei 2013

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar kawan-kawan semua? Hope korang semua sihat dan bergembira. Dah lama gak la tak update blog ni. MALAS sebenarnya tapi RAJIN kan jugak diri ni. Alhamdulillah, aku sihat dibawah lindungan Allah S.W.T.

Aku baru sampai Kuala Lumpur semalam dari Penang. Aku baru memulakan trip overland aku yang orang dah biasa buat, aku baru terhegeh-hegeh nak cuba. Huuuu.. tapi aku tak la solo trip, aku berdua dengan traveller partner aku. Tapi tak kisah la baru mencuba ke apa ke.. aku bersyukur kerana berjaya dan selamat sampai di Malaysia pada 23 Mei 2013.

Overland aku ni.. macam orang biasa buat KL-Siem Reap-Pattaya-Bangkok-Penang-KL. Alhamdulillah, pertama kalinya berjaya. Aku banyak dapat info dari blog fatt. Banyak info dia yang berguna dan agak details. Thanx. Selain tu, aku ada buat research sesikit tentang tempat-tempat yang aku nak pergi, contohnya Pattaya. Tak ramai orang ke Pattaya mungkin ianya seperti pantai-pantai di Thailand.

Actually sepanjang perjalanan ni, kami lebih banyak santai dan rileks kerana waktu ni cuaca panas kering. Lain macam panas dia woo. Kalau kuar pun malam. Tapi malam pun berbahang. So.. kita ambil masa ni untuk berehat-rehat. Gambar pun tak banyak aku rakamkan. Boley plak la tertinggal charger kat Malaysia. Nasib baik ada member aku, so banyak gambar-gambar dia yang ambil. Kredit to Ena. Nanti aku share serba sedikit trip aku ni ye.. Bye

Penang.. last destination for this trip.- photo Ena

to be continued..

0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member