Kek Lapis dan Muzium Kucing

1st Day siri ke 3

Setelah melawat-lawat Muzium Etnologi dan Aquaria Bandaraya, kami di bawa ke Kedai Kek Lapis yang sangat glamer seantero Malaysia, iaitu Kek Lapis Dayang Salhah. Untuk pengetahuan korang, kita boleh pergi ke sana dengan 2 cara, iaitu melalui jalan darat dan jalan air. Ada bot penambang disediakan. Kalau korang nak merasa thrill sket, boleh la naik bot penambang tu, murah je RM 1 sekali naik. Di kedai ni, kita dapat melihat proses membuat kek lapis dari A-Z. Macam-macam jenis kek lapis yang terdapat disini, dan disediakan tester. Kami pulak kebetulan lapar giler masa tu, terus serbu ke tempat kek tester tu. Semua kek kami rasa. Sebab lapar aku tak amek pon gambar dalam kedai tu. Lepas dah merasa semua kek, kami pun memilih kek yang hendak dibeli. Kek pebret aku perisa asam dan cadbury. Tiap-tiap jenis aku beli 2 biji. Memang sedap. Sebiji kek berharga RM10. Beli 10 percuma 1. Korang boleh la beli share-share untuk dapat diskaun. Kalau nak tau lebih lanjut tentang kek lapis ni boleh tengok kat sini . Selepas selesai merasa dan membeli kek lapis, kami pun dibawa ke destinasi seterusnya iaitu, Muzium Kucing.

ni je gambar yang dapat.... depan kedai kek lapis

Destinasi kami seterusnya adalah Muzium Kucing. Aku suka muzium ni. Bagi aku muzium ni ada keunikan dan tarikannya tersendiri dan aku rasa muzium ni pon merupakan trademark bandaraya Kuching, walaupun takde kucing yang real dipamerkan disini. Kalau korang peminat kucing, elok la korang datang melawat muzium ni. Kalau tak salah aku masuk muzium ni free, tapi kalau nak amek gambar kat dalam tu, korang kena bayar RM3 sebagai caj kamera. Kamera pon kena caj. Banyak patung dan replika kucing serta info mengenai kucing dari seluruh dunia (ye ke?) terdapat disini. Selain tu ada jugak potret kucing. Pendek kata, semua yang terdapat kat sini semua berkaitan dengan kucing.




 ni pencinta haiwan di kalangan kiteorg....tak gitew halimah??



Antara patung kucing yang paling menarik minat aku....
Selesai lawatan di muzium kucing, kami dibawa bersiar-siar di Bandaraya Kuching, kirenya free and easy lah. Time tu tekak dahaga dan ada diantara kami yang kelaparan, so kami pun lepak kat satu kedai kat tepi laut.... dieorang panggil waterfront. Kebetulan salah sorang dari kami ada adik lelaki kat sini, so... dia lepak skali.



sedia untuk dimakan

Heaven lepak kat sini, minum sambil angin bertiup sepoi sepoi bahasa... sambil layan blues...Lama gak la kami melepak kat waterfront ni... lepas dah selesai, kami menunggu guide datang mengambil kami untuk check in hotel Kuching Park. Hotel ni memang ok, tapi yang aku tak suggestkan, dia agak jauh dari bandar. Nak cari makan untuk tengah malam pon susah. Aku takde gambar hotel ni.





sempat posing lagi...



0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member