Pasar Serikin & Gua Angin

3rd Day

Hari ni hari ke-3 kami berada di Sarawak. Agak banyak tempat menarik telah kami lawati. Pagi ni kami akan pergi shopping iaitu Pasar Serikin. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam dari Bandaraya Kuching. Pasar ni cuma dibuka pada hujung minggu sahaja, hari sabtu dan ahad. Masa sampai kat pasar ni, hujan lebat. Jadi kami melepak jap dalam van menanti hujan reda. Setelah hujan reda, kami pun meronda-ronda sekitar pasar serikin. Masa kami sampai, orang tak berapa ramai sebab hari masih pagi dan kebetulan, hujan lebat. So.. kami tak perlu bersesak-sesak sangat. Takde la apa sangat yang menarik tentang pasar ni tapi kalau korang semua suka shopping, ini tempat yang amat seswai dengan korang. Barang-barang yang terdapat kat pasar ni kebanyakkannya dari Kalimantan, Indonesia dan aku nak ingatkan korang mesti pandai bargain, sebab kalau tak bargain alamatnya korang akan kena semelih la jawabnya. Walaupun aku bukanlah seorang yang kaki shopping, tapi aku beli jugak telekung untuk family. Tapi bila dah sibuk-sibuk membeli belah, sekeping gambar pun aku tak amek kat sini. Dah selesai di pasar ni, kami pun pulang ke hotel. Maka, habis la tour kami pada hari tu. Boring la pulak dok bilik aje, so kami berbincang nak pergi ke Gua Angin. Dengan bantuan seorang rakan, kami berjaya menyewa sebuah kereta proton iswara. Nak tak nak terpaksa berhimpit-himpit sket la. Perjalanan dari Bandar Kuching ke Gua Angin, mengambil masa kira-kira 45 minit.Gua Angin terletak di Bau salah satu pekan di Sarawak. Aku tak tau macamana dapat nama Gua Angin, tapi menurut Wikipedia Gua Angin mendapat nama tersebut kerana terowong di dalam gua tersebut menjadi laluan angin sepoi sepoi bahasa yang keluar masuk dari satu pintu masuk gua ke pintu masuk yang lain.






Sebelum masuk ke Gua Angin, kami disuruh mendaftar terlebih dahulu. Bayaran sebanyak RM3 seorang dikenakan dan kami dibekalkan dengan 2 buah lampu picit. Kat dalam gua ni, biasa la... gulap gulita (gelap gelita) dan korang akan menghidu bau yang kurang menyenangkan, iaitu najis kelawar. Kat dalam gua ni kena hati-hati sebab licin. Menurut wikipedia lagi, terdapat batu stalagmit, stalagtit dan formasi batu kapur yang lain di dalam Gua Angin dikatakan terhasil sejak 60 juta tahun yang lalu. Bentuknya bermacam, malah ada yang menyerupai seperti kepala buaya dan juga rangka buaya.


posing sebelum memulakan penerokaan

Aku tak amek gambar dalam gua, ada gak try, tapi sebab camera aku cap ayam.. so gambar gelap... ape pon tak bley. Lepas abes meneroka gua ni, kami berekat-rehat di sebuah pondok yang disediakan digelar baruk.... bukan beruk ye kawan-kawan 

ni la baruk yang dikatakan... lepak sambil layan blues

Setelah melepak sambil layan blues dan mendapat tenaga, kami menuju ke kereta untuk pulang ke hotel. Sebelum pulang, sempat kami singgah di sebuah restoran berdekatan pekena Teh C Peng atau lebih dikenali sebagai Three Layer Tea. Aku tak ingat la nama restoran tu. Tapi air ni memang glamer kat Sarawak. Kalau korang datang, cuba la ye.. Kalau tak salah aku, teh ni ada campuran pandan, susu. Selepas minum, kami beredar menuju ke Bandar Kuching.

Teh C Peng

Malam tu, sebelum pulang ke hotel, kami lepak di sebuah open food court, di tepi sungai Sarawak.. entah la.. hehe.. nama tempat tu Kg Boyan. Meriah giler kat sini. Tempat anak-anak muda melepak dan bercengkerama. Sampai je kat situ, kawan kami telah menanti. Kami melepak sambil berbual-bual. Menurut kawan aku, kat sini memang glamer terutama bagi orang muda-muda. Selain boleh lepak minum, boleh juga naik sampan untuk meronda di sekitar sungai ni. Boleh la tengok lampu-lampu di seberang sungai. 


heppi dapat naik  sampan.. kat KL takde..huhuh

Bayaran sebanyak RM5 seorang dikenakan untuk menaiki sampan ni. Masa ni, cuma kami ber5 je naik sampan lagi sorang tu tak nak naik... malas katanya... tak gitew halimah?? Dari dalam sampan tu ada la aku ketik-ketik kamera, tapi tak bape clear... 


2 gambar ni je la paling clear aku dapat dari atas sampan itew

Happy lepas dapat naik sampan.

Okey dah settle pun trip kami pada hari ketiga. Esok merupakan hari terakhir kami berada di Kuching, Sarawak.







0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member