Kampung Budaya & Semenggoh Orang Utan

2nd Day

Pagi-pagi lagi kami dah bangun. Setelah selesai breakfast di hotel, guide telah sedia menanti. Hari ni bukan Collin yang bawak kami, tapi Gerard. Kami dibawa terus ke Kampung Budaya, Sarawak. Setelah urusan tiket selesai, kami pun mula meneroka kawasan Kampung Budaya ni. Kalau tak salah aku, harga tiket ni RM60 termasuk cultural show, tapi kami tak payah bayar sebab dah masuk dalam package. Setiap orang akan dapat pasport. Setiap kali korang sampai di check point iaitu rumah-rumah yang terdapat disini, korang boleh la cop pasport tu bukti korang da sampai kat situ. Nak pergi ke tempat asal kaum-kaum di Sarawak, entah bila la nak sampai. So bagi aku memang berbaloi sebab kat sini, kita boleh lihat berbagai-bagai budaya, tempat tinggal serta kehidupan masyarakat di Sarawak.

Welcome to Cultural Village, Sarawak

                                                   jangan lupa cop pasport bila sampai di               
                                                           check point setiap tempat

 ape motif batu ni..boleh baca kat tepi tu


Dalam setiap rumah, terdapat alat kegunaan harian yang digunakan oleh masyarakat di Sarawak. Selain itu, terdapat demostrasi cari membuat alat muzik, perhiasan serta makanan masyarakat Sarawak di sini dan korang boleh juga membeli barang tersebut untuk dijadikan souvinier.Kebanyakkan kami beli tabung buluh, sebab unik, kalau gelang manik tu da biasa sangat. Aku pulak beli paip buluh.. sebab unik kan... org semua beli tabung, konon aku tak nak same la.. hehehehe


makcik ni jual gelang dan rantai

dah berapa lama pakcik buat tabung ni?


ngeri tak kalau ada kat rumah korang?

 demo membuat Kueh Jala

 cara membuat alat muzik

Kalau korang perasan, ada cerita pasal tengkorak tu. Menurut si pencerita, tengkorak tu merupakan kepala musuh yang telah dipenggal bukti mereka menang di medan peperangan. Ngeri..da penggal, letak plak kat rumah. Selesai berjimba-jimba di setiap rumah, kami bergegas ke dewan untuk menonton cultural show. Masa kami sampai tu dah penuh tempat duduk depan, omputih je semua.. eh tak la.. budak-budak sekolah dah lepak kat depan dulu so kami dok belakang sket.. walaupon begitew masih dapat ambil gambar, walaupun tak berapa clear maklumla tak pakai SLR. Hehehe...


                                                   

sebahagian dari tarian yang dipertontonkan

kami ske abg ni sebab die cute kot?... huhuhu


Setelah habis menonton cultural show, kami bergerak meninggalkan Kampung Budaya dan menuju ke Habitat Liar iaitu Semenggoh Orang Utan. Perjalanan mengambil masa kira-kira 30 minit dari Bandaraya Kuching. Aku tak pasti berapa harga masuk ke sana, sebab dah masuk dalam tour. Kat sini, korang boleh tengok orang utan dengan lebih dekat. Masa kami sampai, hujan turun dengan lebat. So.. tak nampaklah orang utan tu. Tapi berkat kesabaran dan doa, akhirnya hujan berhenti dan orang utan pun mula keluar dari tempat persembunyian mereka. Kami sungguh bertuah pada hari tu kerana, time tu time makan mereka, jadi memang bertuah sangat-sangat kerana dapat melihat mereka dengan lebih dekat, tapi takleh pegang la.. nanti dia mengamuk. Kalau nak tau lebih lanjut tentang habitat ni boleh kelik sini






Destinasi terakhir kami pada hari tu ialah kedai pasu. Seperti yang korang maklum, salah satu barang perhiasan yang glamer adalah pasu sarawak. Kat sini, korang boleh tengok cara membuat serta mengukir corak di pasu tu. Kalau korang nak lagi tentang pasu sarawak dan barang-barang perhiasan yang lain, boleh la tengok kat page ni. Kami beli juga pasu sarawak tapi yang kecik-kecik je.. nak beli yang besar nanti excess lugage plak dan takut pecah..rugi je.


model kedai pasu..."belilah barangan buatan Sarawak"

Dah settle membeli pasu, kami pulang ke hotel untuk merehatkan diri. Esok kami shopping dan meneroka gua. Apa namanya tempat tu... tengok hari ke-3 pulak



0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member