FRIM

Fuhh!! Dah lame tak xcercise tetiba member ajak pegi hiking kat FRIM. Actually dah lame aku tak buat aktiviti ni. Last aku buat aktiviti camni masa hari Krismas tahun lepas. Aku nak cite sket pasal FRIM. Tempat ni bagus untuk beriadah. FRIM atau nama penuhnya Forest Research Institut Malaysia terletak di Kepong. Dulu, aku dengan kawan-kawan selalu datang sini untuk beriadah. Aku rasa dah hampir setahun aku tak jejak FRIM ni.Seawal 8am, kawan aku datang pikup kat umah. Aku tengok pagi tu mendung, tapi mendung tak bererti hujan kata Deddy Dores dan Ella walaubagaimanapun semua tu kuasa Allah Ta'ala hujan pun turun dengan lebatnya. Kalaulah takde projek pagi ni, wajib aku tarik selimut semula selepas subuh maklumla hari cuti. Hehehe...Tapi dah janji dengan member so.. pergi je la. Walaupun hujan lebat, ini tidak melunturkan semangat kami untuk berhiking. Lepas pikap aku, member aku pikup makcik dia plak. So.. disebabkan kami belum bersarapan, kami singgah di restoran Ali Maju, berdekatan dengan rumah makcik member aku untuk bersarapan. Alhamdulillah... hujan beransur-ansur reda, menjadikan kami bertambah semangat untuk mendaki. Kira-kira 5 minit, kami sampai di FRIM. Oh ye.. nak masuk kena bayar ye kawan-kawan. Driver dan kereta kena bayar RM5, manakala penumpang RM1 sorang. Kalau korang bebetul fit leh turun naik trek ni dalam masa 1 jam. Kami memerlukan dekat sejam untuk naik sahaja. Turun belum lagi tu. Bile dah penat-penat mendaki, korang akan sampai di canopy. Canopy bukanlah sebuah khemah, tapi canopy adalah jambatan gantung.Masa nak naik jambatan gantung ni, korang kena bayar RM5. Dari jambatan gantung ni, korang akan dapat melihat view sekitar hutan FRIM ni.


Kalau nak tau lagi pasal FRIM ni boleh la kelik sini . Selain trekking, korang boleh jugak berpiknik bersama keluarga, kerana ada air terjun kat sini. So.. boleh la bawak makanan sambil bermandi-manda bersama keluarga dan teman-teman. Masa aku datang... air laju sebab baru lepas hujan. So.. kalau nak beriadah, berkelah ni la salah satu tempat yang best...

0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member