Vacation At Penang (Butterworth-Georgetown)

Day 2 (Butterworth - Georgetown)


Setelah 8 jam kami menahan rasa lenguh-lenguh badan dan kematu bontot, kira-kira jam 7.00 am, akhirnya kami sampai di stesen keretapi Burtterworth. Alhamdulillah, kami selamat tiba di bumi Penang. Fuhhh!! Leganya dapat menghirup udara segar. Segar ke udara kat stesen ni? Errkkk!!! Setelah check out dari train, kami menuju ke terminal feri. Untuk menyeberang ke Georgetown, ada banyak cara..korang boleh berenang (aku gurau je),  naik kenderaan darat leh gak lalu jambatan Pulau Pinang dan naik feri. Aku suka naik feri ni sebab old skool.. Tambang pun tak mahal.. RM 1.20 je. Tapi kalau korang drive, boleh jugak bawak kereta tu naik feri. Berapa bayaran tersebut tidak aku ketahui sebab aku pegi Penang naik public transport. Pagi tu agak ramai penumpang sebab hari bekerja.

Welcome to Butterworth....

 ni feri ye... bukan kapal korek

dok menung apa tu?? 


dok bincang apa tu??

 semua amek feel kat feri...

peraduan teka kaki sape....

Kira-kira 10-20 minit berada di atas feri, akhirnya kami sampai di Georgetown. Alhamdulillah..... Sampai je kat Georgetown, aku call member aku, merangkap guide percuma. Hehe.. jangan marah Syam. Tak lama lepas member aku sampai, kami bersarapan. Apa nama warung tu aku tak tau tapi yang aku ingat, kami guna jejantas yang berdekatan untuk ke warung tersebut. Warung ni direkomen oleh member aku ni. 

inilah kami...

sape agaknya orang misteri tu??

gigih mendaki anak tangga untuk bersarapan


sarapan kami.... sedap jugak sebab perut masing-masing lapaq...

dah kenyang...baru la nampak ceria...

Dah settle breakfast... kami menyeberangi jambatan untuk menunggu bas. Sebenarnya, kat Penang ni korang tak perlu transport.. sebab public transport die memang takde masalah. Cuma bezanya, takde LRT macam kat KL. Tapi dalam kes kami, tempat tinggal agak ceruk skit, jadi public transport tak lalu kat situ, so terpaksalah sewa kereta. Kalau tak salah aku, kami duduk di homestay. Kalau ramai, better duduk homestay dan yang lebih mudah, kami semua wanita... giteww...Homestay ni terletak di area Tanjung Bungah. Sebelum dapat kereta sewa, kami ke homestay dengan menaiki bas. Abang driver tu memang baik bagi guide kat kami. Aku tak amek pulak gambar die. Kalau ada, leh la tepek kat sini.. kalau datang Penang, boleh la cari abang ni.


 sempat berposing-posing

 gunalah perkhidmatan intrakota...skarang ni rapidKL

 

iklan selingan

Memang jauh ye homestay itew... tapi yang best dekat dengan Batu Ferenghi. Satu malam harga homestay tu RM250. Kami menyewa untuk 2 malam, bile dibahagi sama rata untuk kami 12 orang dapat la tempat yang amat selesa dan bajet. Rumah ni besar sangat, 2 tingkat kalau tak salah aku... Kami berehat-rehat jap... mandi dan buat apa yang patut la..nanti aku sambung lagi... kena refresh la... maklumla.. cite ni dah berkarat....





3 comments:

  1. Saya nak tanya. Kalau naik ets kan, benti kt butterworth. Terminal ets dkt dgn ferry dok?

    ReplyDelete
  2. menarik....sesuai untuk buat rujukan akan datang



    *********************************************
    *********************************************

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini.

    *********************************************
    *********************************************

    Kami suami/isteri ada menjual sambal ikan bilis dengan harga serendah RM12 per gram.


    Kunjungi page FB kami


    https://www.facebook.com/SambalIkanBilisN9/
    https://www.facebook.com/SambalIkanBilisN9/
    https://www.facebook.com/SambalIkanBilisN9/
    https://www.facebook.com/SambalIkanBilisN9/
    https://www.facebook.com/SambalIkanBilisN9/

    *** copy link atas dan paste di web browser ***


    Sesiapa yang tak sempat nak masak.
    Sesiapa yang nak bawak travel/camping/naik gunung
    Sesiapa ada anak/kenalan yang belajar di asrama.
    Sesiapa yang suka ratah sambal ikan bilis.
    Sesiapa yang nak berjimat sikit
    Sesiapa malas kopek ikan bilis.
    Dan sesiapa sahaja.


    Penyelesaian nya adalah sambal ikan bilis.


    tq admin








    ReplyDelete

 

Popular Posts

Member