Canopy Walkaway

Hari ke 2 (Part 1)- sambungan dari sini

Pagi-pagi lagi kami dah bangun. Selesai bersiap dan menunaikan solat subuh, kami keluar untuk bersarapan. Brader Azman dan budak lelaki dah tunggu kami. Biasala.. perempuan. Tapi aku rasa, tak lama kot diorang tunggu. Pagi tu, kami bersarapan di gerai yang berhampiran. Kami diberi peluang untuk memilih sarapan sendiri. Aku memilih nasi kerabu dan teh o. Saja makan yang berat sebab lepas ni nak buat aktiviti trekking dan memanjat. Sedap makanan kat sini dan harganya tak la mahal sangat. 

Nasi Kerabu pilihan aku

kuih untuk orang diet..

Okey... dah isi minyak, kami meneruskan aktiviti kami iaitu jungle trekking. Macam biasa, kami menunggu boat di restoran semalam yang terapung-apung tapi hari ni tak terapung sebab air belum pasang. Macam biasa, aktiviti ni semuanya memerlukan boat untuk menyeberang sungai. Kalau nak berenang boleh, tapi.. menurut brader Azman kat sungai tu ada buaya. Tapi sebenarnya aku tak pandai berenang dan arus sungai agak deras dan apa yang brader Azman bagitau tu memang betul.

seronok naik boat ye
lagi 1.7km
laluan ke hutan

Mutiara Taman Negara chalet..cantik kan?
Jungle trekking ni menggunakan laluan yang sama dengan night jungle walk, tetapi kali ni kami akan masuk ke dalam lagi menuju ke kanopi. Sepanjang perjalanan ini (eh macam lagu zaiton sameon plak...). Hehehe. Kami diberi penerangan jenis-jenis tumbuhan yang ada di dalam hutan ni. Pagi tu, agak banyak group yang buat jungle trekking. Ok jugak jungle trekking ni. Aku bukan tak pernah buat jungle trekking tapi tak la dapat penerangan macam ni. Salah satu pokok yang kami jumpa adalah pokok S.O.S. Pokok ni berfungsi untuk meminta bantuan. Jadi, kalau tersesat dalam hutan dan jumpa pokok ni, ketuk la sekuat hati. Ia akan menghasilkan bunyi gema yang kuat. Selain tu, terdapat juga pokok tapak hantu atau tapak itik. Memang lain dari yang lain sebab daunnya ganjil, ada 7 helai. Nanti aku share gambar ye. Dah penat berjalan akhirnya kami sampai di laluan untuk ke kanopi. Sebelum nak naik kanopi, kena mendaki anak tangga. Mak oiii tinggi juga.. Aku jalan la slow-slow, dan pada hari tu aku dapat melihat kumpulan ulat gonggok warna silver.

Pokok S.O.S
Brader Azman bagi penerangan
ulat gonggok silver
tapak hantu @ tapak itik
Aku orang terakhir yang sampai di atas. Fuhhh!!! Penat weii. Oksigen please. Hehe. Tapi bangga juga sebab akhirnya sampai juga di titik permulaan untuk melalui kanopi. Tapi memang aku hampa sangat-sangat sebab separuh dari jalan kanopi tu di tutup laluannya untuk penyelengaraan. Takpela.. dapat jugak naik kanopi di taman negara walaupun bukan la sepenuhnya. Seronok berada di atas kanopi ni. Gayat jugak almaklumla tinggi kan, lagi tinggi daripada kanopi di FRIM. Huhuhu.. Sempat jugak kami berjimba-jimba dan berpoya-poya kat atas kanopi tu. Brader Azman tak turut serta naik kanopi mungkin dia dah bosan selalu sangat naik. Hehehe. Brader Azman cakap dia akan tunggu kami di laluan turun kanopi.

laluan ke kanopi
dah sampai dan tunggu giliran naik kanopi
yeayy!! berjaya
laluan kanopi dari bawah..
Dah selesai berjimba-jimba, kami turun dari laluan kanopi tu, tapi brader Azman takde. Lama jugak tunggu brader Azman kat bawah tu tapi dia tak muncul-muncul, rupanya brader Azman tunggu kami kat salah tempat dan dia tak tau pulak yang kanopi ni da tutup separuh jalan.

muka keletihan
wajib ambil gambar disini...
Setelah berehat sebentar, kami keluar dari hutan. Aku tengok jam dah hampir pukul 11pagi. Kami berpatah balik ke seberang untuk mengemas barang-barang dan check out. Lepas tu kami lunch, kami akan meneruskan aktiviti terakhir kami iaitu menjelajah gua. Tunggu....




0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member