Gua Kota Gelanggi, Jerantut

Hari ke-2 (Part akhir) - sambungan dari sini

Okey, lepas dah kemas barang dan check out, kami ke kedai yang berhampiran untuk lunch. Makan kenyang-kenyang sebab lepas ni kami akan meng'gua', (meneroka gua). Bonus yang kami dapat kerana ambil pakej masa Matta Fair. Sebenarnya masa on the way nak ke Taman Negara, kami dah ternampak signboard Gua Kota Gelanggi dan rezeki kami dapat meneroka gua ni.

Sedikit info mengenai Gua Kota Gelanggi. Gua ni terletak kira-kira 25km dari Jerantut. Gua ni mempunyai sejarahnya sendiri. Ada banyak gua yang terdapat disini, antaranya Gua Hijau, Gua Ular, Gua Penyu dan sebagainya. Aku tak ingatlah kami meneroka gua apa. Huhuh... Masa kami sampai di kawasan gua ni, cuma kami je ada kat sini. 

laluan ke pintu gua
posing dulu...
kawasan luar gua
Dah bersiar-siar luar kawasan gua, kami meneruskan misi kami meneroka Gua Kota Gelanggi. Kena hati-hati dalam kawasan gua kerana permukaan batu dan tanah licin, sentiasa basah. Gua ni sebenarnya tergolong dalam gua batu kapur. Kami meneruskan perjalanan kami dengan meneroka beberapa tempat, dan kami terjumpa bekas tapak artifak dijumpai.

kawasan artifak
Kami meneruskan penerokaan. Letih ye meneroka gua ni. Tak dapat aku nak gambarkan melainkan gulap gulita. Aku lupa nak bagitau, wajib bawak torch light ye. Kalau nak mudah lagi, pakai yang di kepala dan air minuman penting untuk menambah tenaga. Kami dibawa ke beberapa tempat yang menarik dalam gua tersebut. Antaranya kami dibawa melihat batu-batu yang berbentuk binatang seperti anjing dan gajah.

Batu bentuk gajah
bentuk anjing
Gua ni banyak laluan. Ada satu laluan yang kami masuk, lubang dia kecik je. Menurut brader Azman, nak masuk melalui lubang ni ada caranya. So, brader Azman menunjukkan demo untuk melalui lubang tersebut. Aku macam confuse... muat ke tak aku lalu kat lubang tu? Brader Azman bagitau lubang tu pernah dilalui oleh orang yang seberat 160kg. Kalau orang tu boleh, takkan aku tak boleh.. ye tak? Cuma kita perlu fikir positif, yakin dan ikut cara yang betul. Alhamdulillah, kami semua berjaya melepasi lubang tersebut. Brader Azman membawa kami ke tempat laluan angin. Disinilah kami berehat sebentar sambil menikmati keindahan alam ciptaan tuhan. 

lepas gak..
berehat di kawasan laluan angin.. nyaman terasa...
Setelah berehat, kami berpatah balik untuk menuju ke kawasan lain yang terdapat dalam gua ni. Kami dibawa  ke satu kawasan yang luas. Memang tak disangka, dikawasan gua yang sempit terdapat ruang yang amat luas sebenarnya. Menurut brader Azman, sejarah kawasan ni merupakan tempat persembunyian Mat Kilau dan penduduk kampung. Mereka melarikan diri dari pihak Inggeris. Sejauh mana kebenarannya, entah la.

tempat persembunyian mat kilau
Selain tu, ada jugak pengunjung yang sangar kreatif, mereka menyusun kepingan-kepingan batu untuk sebagai tanda yang mereka telah meneroka gua ini. Penerokaan gua ni mengambil masa 2-3 jam bergantung pada stamina masing-masing. 

hasil seni pengunjung...
Dah selesai penerokaan gua, akhirnya kami check out dari gua tersebut. Kami check out melalui hutan. Sekali lagi kami jungle trekking. Agak jauh jugak nak sampai semula ke kereta. Fuhhh!!! Lotih makcik. Tapi sebab aktiviti macam ni menyeronokkan, aku kuatkan jugak semangat. Yeahhh!!! Aku boleh...!! Keadaan hutan amat licin kerana malam sebelum kami sampai hujan telah turun dengan lebat gilerrr....Jadi, tanah jadi becak dan berlumpur serta licin. Hampir-hampir jugak aku terjatuh, tapi sempat aku pegang pokok, kalo tak mesti berkubang lumpur la.. hehehe. Dengan itu, tamatlah aktiviti aku dan kawan-kawan di Taman Negara. Insyallah, kalau ada rezeki aku nak kembali semula ke sini untuk buat aktiviti lain pulak...

TAMAT




0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member