Jakarta-Bogor: Finale

cerita sebelumnya kat sini

Assalammualaikum semua. Aku memohon seribu kemaafan kerana dah lama tak hapdate blog ni. Aku agak busy disamping laptop kesayangan aku masuk air kerana banjir melanda rumahku. Sudahnya laptop aku masuk ICU selama 2 minggu. Uhuk uhuk.. sedey

Okey la sambung cerita di Bogor... agak lama juga kami dibawa meronda sekitar safari. Lebih kurang 45 minit. Kira puas jugak la tengok haiwan tersebut bebas. Dah  settle semua tu, tibalah masa kami untuk berjalan kaki pula. Mula-mula kami ke tempat Baby Zoo.

pintu masuk Baby Zoo
Baiklah adik-adik,disini kita akan dapat melihat haiwan-haiwan yang masih kecil dan telah dilatih supaya menjadi jinak dan manja ye. Kat Baby Zoo ni la paling aku suka, kerana aku berpeluang menyentuh dan mengambil gambar dengan haiwan liar. Aku habiskan rph30,000 untuk mengambil gambar dengan 2 ekor haiwan karnivor. Cerr tengok gambar di bawah

tiket untuk bergambar dengan haiwan

ni natasya umur dia aku tak ingat, yang pasti masih baby.. besaq kan....

ni salah satu pic yang aku suka... tetiba time ni datang rindu kat kiddy.. sob sob..
 Kalaulah aku dapat bela anak singa ni, alangkah bestnya... comel gilerrrr!! Aku rasa sayang nak lepaskan dia tapi apa nak buat, masa tidak mengizinkan. Selesai bergambar dengan baby tersebut kami berjalan-jalan disekitar kawasan ni. Tram disediakan tetapi kena bayar pulak. Tak la mahal cuma rph5,000. Biar dulu la. Agak-agak kami dah melecet baru naik tram. Biasa lah org budget ciput. Selain tu, kami sempat melihat kawasan harimau putih ditempatkan.Ala-ala Taj Mahal giteww..


ko hadooo??

Jalan punya jalan, sampai kaki dah melecet, perut lapar kami tiada pilihan melainkan mengambil tram. Fuhhh!! Lega coz dapat merehatkan kaki. Akhirnya tram berhenti di sebuah food court. Macam tau je kami lapar.

tram..

Tempat kami menjamu selera

 Kami segera memilih menu. Macam biasa, harga makanan dan minuman 2 kali ganda harganya. Oleh itu   kami memilih untuk makan nasi ayam apa ntah. Menu yang bajet dan mengenyangkan.

menu aku

menu ena
Sambil makan kami berbincang untuk aktiviti seterusnya. Kami mengambil keputusan untuk bersolat dahulu, kemudian menonton tiger show dan cow boy show. ala ebih kurang macam kat Melaka. Selain ada pameran haiwan, kat sini ada jugak "theme park". Sempat jugak kami try space shuttle.

theme park

tiger show

cowboy show

Kami....

Show terakhir yang kami tonton adalah bird show. Menurut info yang aku baca dari satu sumber, bird show merupakan show yang paling best. Bagi aku kira ok la show ni dan berakhirnya kami berada di safari. Aku tak ambil pulak gambar masa bird show. Kami sampai di Jakarta kira-kira jam 10pm. Nanti aku bagitau macamana nak ke safari dengam tambang yang paling minimum. Adiooosss...








0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member