Kota Tua: Part 2

Hoooyyeeehh!! Dah boleh upload gambar akhirnya. Alhamdulillah. Kena tukar browser rupanya. Okey let's continue our journey at Jakarta yang sudah basi iitteeww.

Kerak Telor & Es Selendang Mayang

Sebelum meneruskan perjalanan ke Muzium Bahari, kami berehat sebentar sambil menikmati salah satu makanan dan minuman masyarakat Sunda, iaitu Kerak Telor dan Es Selendang Mayang. Kerak telor ni dia lebih kurang macam lempeng kelapa rupanya, tapi rasa lain, lempeng pakai tepung gandum. Kalau tak silap aku bahan utama adalah telur. Dah nama pun kerak telor. Korang akan diberi pilihan, nak telur ayam ke itik. Kami try dua-dua. Tapi kalau korang nak cuba, better beli sekeping je, share. Potion dia agak besar dan tebal. Kami beli 2 keping sebab lapar gila tapi... 1 keping tu tapau. Oh ye, jangan lupa try Es Selendang Mayang, tapi manis gilerrr boleh kena potong kaki. Huuuuuuuu. Kami minum tambah mineral water. 

Peniaga kerak telor

Letak bahan dulu

Proses memasak kerak telor

Bahan-bahan kerak telor

Kerak telor siap.. sedia untuk dimakan. Huuuu

Es Selendang Mayang.. potong kaki weii
Setelah makan dan berehat sebentar kami menuju ke Muzium Bahari pulak. Jap lagi aku sambung ye. Ada keje menanti.


0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member