Overland: Siem Reap

Sambungan dari part 1

Aku tak ingat pukul bape touchdown Cambodia. Huuuu tidur kayu daaa.. Nak masuk Cambodia tak perlu visa. Airport dia kecik jew. Olskool. Tak ramai orang pun. Nak cop passport takde masalah. Bukan ramai pun yang perlukan visa. Kaunter visa js ramai. Masa aku kat kaunter imigresen, pegawai tu menegur aku sambil tersenyum. Pandai dia cakap melayu

Pegawai imigresen: Hai malaysia ke?
Aku: Aaaaaa yes (sambil angguk kepala)

Pegawai tu ambil pasport aku dan cop sambil mengucapkan terima kasih. Aku ambil pasport aku dan mengucapkan sama-sama sambil tersenyum.

Dah siap ambil beg semua, kami ke pintu keluar. Ramai guide menunggu sambil memegang tanda nama. Kami memilih untuk tinggal di Angkor Friendship Inn. Mereka menyediakan perkhidmatan percuma mengambil guest dari airport.

Kami tercari cari nama aku. Akhirnya nampak satu abang ni pegang nama aku. Terus aku angkat tangan dan kami menghampiri dia. Kami di bawak menaiki tuk tuk yang cantik tau. Tak sama dengan tuk tuk di negara lain.

Sampai di inn kami diberi bilik. Tak silap aku harga bilik kami adalah USD 50 utk 3 hari 2 malam. Kira murah kan USD 25 per person siap dengan breakfast.

Dah dpat kunci kami terus masuk ke bilik. Lapar gila sebab tak breakfast apapon. Kami siap mandi. Oh yea.. Nak.pergi bilik.kena naik.tangga yea. Takde lif. Nama pun inn. Mereka ada menyediakan nescafe, teh dan creamer berserta air panas.

Dah mandi siap.. Kami turun ke bawah untuk merendam meggi. Lapar wei. Dan kami buat hot chocolate. Hehehehe. Dah mkn mmg perut lega. Rileks jap sambil tengok tv sambil tengok Facebook. Ada WiFi percuma. I.like.. Kami relaks jap then qada' tido. Hehehehe..



to be continued......




0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member