Taman Tamadun Islam & Pasar Malam

Taman Tamadun Islam atau Taman Monumen terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Korang jangan keliru pulak.. nama je Pulau Wan Man, tapi takyah naik bot nak pegi sane. Boleh naik kereta atau bas bandar. Cuaca panas terik menyebabkan kami rasa cepat letih, tapi disebabkan semangat yang berkobar-kobar nak meneroka Taman Tamadun Islam, kami lupakan rasa letih tu. Tiket masuk ke Taman Tamadun Islam berharga RM15 (Mykad), dan korang akan dapat pasport. Dalam pasport tu ada penerangan ringkas mengenai monumen-monumen yang terdapat disini. Terdapat kira-kira 21 monumen disini. Korang boleh la melihat dari dekat.. ye la nak sampai kat negara asal monumen ni entah bila. Boleh la buat kajian tentang masjid-masjid yang berada di dunia. Di dalam sesetengah monumen ada disediakan tayangan video untuk memberi maklumat kepada pengunjung. Kawasan monumen ni memang luas. Kalau dah penat berjalan, boleh la naik tramp yang disediakan. Harga tiket cuma RM3 sahaja. Masa dalam tramp, kita akan diperkenalkan dengan monumen-monumen yang berada berdekatan dengan kita. Selain tramp, boleh gak sewa basikal dan buggy. Harganya aku tak tau sebab kami naik tramp je. Selesai melawat Taman Tamadun Islam, sempat kami singgah di Masjid Kristal bagi menunaikan solat, lepas tu kami melawat-lawat sekitar masjid kristal. Bila dah berjalan-jalan ni, perut pun terasa lapar. Alhamdulillah, kami diberitahu terdapat pasar malam pada hari tersebut. Kereta bergerak meninggalkan perkarangan masjid menuju ke pasar malam.

Bas bandar yang boleh bawak korang ronda sekitar Kuala Terengganu


 Pintu masuk Taman Tamadun Islam










antara monumen yang terdapat di sini


Kira-kira 20 minit, kami sampai di Dataran Syahbandar. Tak susah nak cari tempat ni, terletak di hadapan Bangunan Mara. Agak susah nak cari parking. Banyak kali juga round, cari parking akhirnya dapat juga. Kami pun memulakan penerokaan di pasar malam. Selain makanan, terdapat banyak barang-barang lain yang dijual. Tapi kami tak berminat dengan barang-barang sebab perut lebih penting... hehehe. Rambang mata dibuatnya kerana banyak pilihan dan murah-murah pula. Aku beli nasi kerabu dan nasi dagang. Tamak betul. Tak kira lagi jajan yang aku beli... keropok lekor memang kena beli sebab terasa ikannya.Kami membeli mengikut citarasa sendiri. Selesai menyoping makanan di pasar malam, kami pun beredar kerana waktu Maghrib telah tiba. Kami sampai di homestay jam 8.00pm. Malam tu kami tak bercadang nak keluar kerana kawan aku keletihan sebab dia je yang tau memandu, tak gitu Halimah? Hehehe dan masa tu tengah glamer telemovie Nur Kasih. So... selesai mandi dan solat, kami menjamu selera sambil menonton Nur Kasih (tak sempat amek gambar makanan tu..lapar giler) Malam tu kami tidur agak awal kerana keletihan meronda di Taman Tamadun Islam dan sekitar Kuala Terengganu. Plan esok nak pergi Pulau Kapas pulak 

0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member