Bandar Kuching

Day 1

Pada mulanya kami ingin ke Kota Kinabalu, tapi masa tiket murah dah abes yang murah tiket ke Kuching, nak melancong ke luar semenanjung katanya.. So kami pun bersetuju ke Kuching. Kami berada di LCCT seawal 8.00 am kerana flight kami jam 10.00 am. Selepas selesai check in, kami semua breakfast terlebih dahulu di Marry Brown. Jam 9.30 am kami menuju ke balai berlepas, masa tu dah ramai orang beratur nak naik flight.Trip ni disertai oleh 6 orang. Setelah 2 jam berada di dalam flight, akhirnya kami selamat berpijak di bumi Kuching, Sarawak. Ketibaan kami disambut oleh Collin, guide kami disana.. Lepas ni kalau nak repeat mana-mana destinasi dalam Malaysia, pergi sendiri aje tak payah pakai travel agent. Destinasi pertama, kami telah dibawa melawat sekitar bandaraya Kuching, Sarawak. Sempat  gak kami bergambar di patung kucing tengah2 roundbout bandaraya Kuching, sebelum kami dibawa ke muzium Etnologi.




Breakfast kami pada pagi itew....
Sempat posing sebelum naik flight
Belakang tu Bangunan Dewan Bandaraya Kuching



patung kucing... trademark bandar Kuching

0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member