Sugar Glider for Sale

Kali ni aku tak post pasal jalan-jalan. Aku post pasal binatang. Korang suka binatang tak? Bagi pencinta haiwan mesti kenal apa itu Sugar Glider. Sebenarnya, aku letak post tentang sugar glider sebab aku nak jual sugar glider aku. Aku takde masa sangat nak jaga mereka. Kesian mereka kerana kurang mendapat kasih sayang daripada aku. Aku selalu balik keje lambat, selalu gak aku pegi jalan-jalan jadinya aku takde masa nak bermain-main dengan pets aku ni. Disebabkan reason ni la aku terpaksa jual mereka. Jaga mereka tak susah, cuma perlu bermain-main ngan mereka selalu. Bila dah jinak, korang akan jadi kawan baik. Dulu, aku pernah kehilangan sepasang kawan baik aku. Mereka cuma meninggalkan anak mereka untuk aku jaga. Aku tak rasa mereka terlepas, tapi aku rasa mereka dicuri sebab mereka sangat-sangat jinak. Kalau dipanggil dia mesti datang kat korang. Bagi makan pun tak susah, sugar glider aku ni makan nasik, buah-buahan, telur rebus dan roti. Kadang-kadang aku tukar menu mereka kepada ayam @ daging rebus dan sangkar mereka perlu dikemas 1 minggu sekali. Ada sesetengah orang bagi makan kibble kat sugar glider mereka, tapi bagi aku kibble tak sesuai. Anak kucing boleh la.. sebab tu memang makanan dia. Sekarang ni aku dah ada 8 ekor sugar glider termasuk seekor joey. Baru je 4 hari keluar dari kantung mak dia. Mata pun tak bukak lagi. Aku share sket pic sugar glider aku. Kalau korang berminat nak beli, boleh drop message kat komen box post ni.

Ni la best friend aku yg hilang tu
Ni dengan pasangan dia










untuk dijual... 
Ada lagi pic mereka ni, tapi dalam handphone aku la. Tak transfer lagi.... nanti aku upload la ye. So kalau berminat jangan lupa message kat aku ye.... Jumpe lagi nanti.



Compare hotel prices and find the best deal - HotelsCombined.com

0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member