Vacation at Penang (Penang Hill)

Day 3

Plan pada pagi ni kami nak naik ke Bukit Bendera (Penang Hill). Sebelum ke Bukit Bendera, kami bersarapan dahulu sambil menunggu Syam di Restoran Subaidah. Sedap la jugak makan kat sini...




sarapan kami di Subaidah


Selesai bersarapan, kami bertolak menuju ke Bukit Bendera. Memandangkan pada waktu itu merupakan cuti Thaipussam, maka keadaan di Bukit Bendera agak sesak. Tapi rezeki kami kerana Syam kenal pakcik yang jaga kaunter tu so... dapat la kami naik cepat sket. Harga tiket adalah RM4 seorang untuk dewasa, kanak-kanak aku tak ingat la. 


walaupun panas terik... tetap.... 

korang faham tak??

menunggu giliran untuk naik keretapi...

inilah Syam... yang baju merah tau

Setelah 20 minit menanti, tibalah giliran kami untuk menaiki ke puncak Bukit Bendera ni. Memang ramai... kami turut bersesak-sesak dalam train tu...

keretapi kabel di Bukit Bendera ... old skool



Walaupun bersesak-sesak.. kami tetap puas hati. Memang rezeki kami kerana ia merupakan minggu terakhir keretapi ni beroperasi. Bila lagi nak merasa naik keretapi old skool macam ni. Oh ye, untuk pengetahuan korang, kita kena tukar train di stesen titik tengah lepas tu baru korang akan dibawa ke puncak bukit bendera tersebut.


landasan keretapi kabel

Kira-kira 25 minit, barulah kami sampai ke puncak Bukit Bendera. Sejuknya waktu tu maklumla masih pagi dan berada di puncak, tetapi tidak mematahkan semangat kami untuk meneroka puncak bukit tersebut. Masa sampai je, ada disediakan teropong untuk korang melihat seluruh Pulau Pinang.

dok teropong sapa la tu...??

view dari puncak bukit bendera





mulakan penerokaan anda...

Menurut arkib negara, masa mula-mula beroperasi, gerabak keretapi ni diperbuat daripada kayu kemudian ianya ditukar kepada gerabak buatan swiss (merah) yang boleh menampung lebih ramai penumpang dan lebih laju. Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang keretapi kabel ni, boleh la tengok kat sini dan kat sini

 ni la gerabak kayu yang old skool...

teruskan perjalanan yee...


Kat bukit bendera ni, ada taman burung yang di panggil Bellevue Aviary Garden. Tiket masuk ke taman ni adalah RM5 seorang. Sebab first time sampai Bukit Bendera, kami masuk la ke taman burung ni. Bermacam-macam jenis burung ada kat sini. Kalau korang suka burung, jangan lupa datang ke sini. Aku share sket sebahagian burung yang ada kat situ.


burung enggang 

burung hantu.. jenis ape tak tau

kakak tua kaler terquoise 

bird lover.. don't leave me....

ni aku ske... ala-ala..My Chemical Romance tapi tak tau jenis ape...


Dah selesai melawat taman burung ni, kami bersiar-siar di sekitar Bukit Bendera ni. Banyak jugak tempat-tempat menarik kat sini. Actually, kalau korang nak merasa tinggal di puncak bukit ni pun boleh. Ada disediakan penginapan. Cuma bagi aku... kalau orang yang nakkan kelainan di samping nak release tension dan relaks... boleh la lepak kat puncak bukit ni.

Welcome to Bellevue Hotel....


Tetap memetik bunga walau dilarang....


Kami ingat nak la makan tengahari kat puncak bukit ni, tapi memandangkan orang yang terlalu ramai dan tempat makan dia pun tak teratur, jadi kami mengambil keputusan untuk makan di tempat lain sahaja. Lepas lunch plan untuk ke salah satu tempat kesukaan aku... Penang War Museum..

















0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member