Vacation at Penang (Perayaan Thaipussam & Penang War Museum)

Day 3 (Sambungan...)
Setelah turun dari bukit bendera, kami terus mencari tempat makan sebab perut masing-masing dah lapar gilerr.. Sebenarnya kami pergi ni salah tarikh sebab terkena time cuti Thaipusam. Seperti yang kita tau, Penang merupakan salah satu negeri yang menyambut perayaan ni secara besar besaran. Memang kami sangkut dalam trafik jam yang teruk. Syam rekomen kami makan di sebuah warung, tapi tak sangka pulak warung tu berdekatan dengan sebuah kuil. No choice sebab nak keluar tak boleh, jalan penuh dengan manusia yang tengah beraya...nak tak nak hentam sajalah.. Jadi sambil makan, kami dihidangkan dengan culture show secara percuma dan dapat la tengok dari dekat bagaimana perayaan Thaipusam diraikan. Selesai makan, sempat jugak kami amek-amek gambar dengan mereka yang membayar nazar pada hari perayaan tersebut. Boleh rujuk kat page ini. Aku share sket pic kami dengan mereka ni dan video...Dah selesai makan, kami pulang ke rumah untuk berehat dan menunaikan kewajipan.





menanti lagi satu group.. dihadapan homestay

Kira-kira jam 4 petang, kami semua bertolak menuju ke Penang War Museum. Aku cite sket pasal muzium ni. Muzium ni terletak di Batu Maung. Dibuka pada jam 9am - 6pm. Kalau korang takde kenderaan sendiri, boleh naik bas awam.. Bas nombor berapa aku tak ingatlah. Korang cuba tanye brader google.


Penang War Museum

Tiket masuk ke Penang War Museum bagi warganegara Malaysia adalah RM15 untuk dewasa dan kanak-kanak RM7.50. Manakala bagi bukan warganegara adalah RM30 seorang. Masa kiteorang sampai, dah petang la.. keadaan suram je.. menjadikan tempat ni macam seram, ye laa bekas kawasan perang. Banyak terkorban nyawa di sini. Lepas dah daftar, korang akan dibekalkan dengan peta. Elok la korang ikut peta yang diberi baru la korang dapat melihat sendiri 31 tapak bekas kawasan perang ataupon korang akan sesat dan tak puas hati. Paling aku suke skali terowong bawah tanah. Sempit... thrill, jalan berliku-liku nasib baik aku muat walaupon aku ni saiz XXL, hehehehe..So.. layan la gambar-gambar ni ye.


Pintu gerbang Penang War Museum

sebelum masuk... beli tiket dulu

ni takde kene mengena kat muzium tu...saja utk selingan ....

 ni meriam.....

kat bawah ni proses menjelajah terowong yang aku cakap tadi...
1. berjalan 

 2. merangkak

3. memanjat

 carefull...

4. Peace... berjaya akhirnyaa...

Kat bawah ni aku share sket sebahagian gambar yang aku ada snap masa dalam muzium ni. Aku rasa macam nak repeat lagi je.. sebab masa aku pegi hari tu tak cukup masa, so ada tempat yang tak sempat kami terjah kerana masa tidak mengizinkan
 ni la senapang gajah...


 ni bukan moto dalam cite bujang lapok tau


Masa kami lalu kat tempat pancung kepala ni, rasa seram sejuk... cecepat kiteorang blah. Serraammm...

tempat pancung kepala... ngeriiiii....

Lebih kurang 2 jam menjelajah muzium ni, kami semua pulang. Sebelum sampai kerumah, kami sempat minum petang kerana lapar dan kehausan. Lepak kat mane? Subaidah aje laaa




sebahagian dari hidangan kami petang tu...

Malam tu kami tak kemana-mana disebabkan keletihan pada waktu siang tadi. Cuma kami bersihkan diri dan keluar untuk melepak, makan malam sambil berbincang aktiviti terakhir kami sebelum pulang ke KL. Malam tu kami makan di Padang Brom...kat sini makanan memang heaven... terbaek... banyak pilihan dan harga sangat berpatutan. Tapi malam tu rezeki kami murah, kerana Syam belanja sate..Thank you banyak2 Syam.. jasamu dikenang. Plan esok nak ke Chao Rasta Market dan Batu Feringhi.

1 comments:

  1. wah...habis semua entri pasal penang ni saya baca..terima kasih berkongsi cerita!

    ReplyDelete

 

Popular Posts

Member