Vacation at Penang (Chao Rasta Market, Butik Coklat, Masjid Terapung & Pantai Batu Feringhi)

Day 4 (Last part)
Pagi tu seperti biasa, kami bersarapan di Subaidah.Cadangan kami adalah nak ke Chao Rasta Market. Penang amat terkenal dengan jeruk pelbagai jenis dan buah pala. Selalunya benda-benda ni la orang beli untuk dijadikan buah tangan. Kawan aku mintak tolong mak sedara dia untuk membawa kami ke pasar Chao Rasta. Tepat jam 10am, kami bergerak ke pasar tersebut. Kami tak tau pulak ada pasar pagi time tu, ye la kami pon ikut orang. Kami terpaksa memandu kereta dengan amat perlahan... maklumla jalan dalam pasar kan.. sampaikan kereta kami diketuk dengan payung oleh seorang nyonya kerana marah kami membawa kereta di dalam pasar. Aku rasa time tu macam ada piket, pekerja menentang majikan plak..kes tak bayar gaji.. hehehe. Menurut kawan aku, pasar pagi ni ditutup pada jam 10am. Tapi masa kami sampai, pasar tu masih beroperasi. Sebab dah masuk dalam pasar, nak tak nak kena redah jugak. Setelah bertungkus lumus melawan piket tadi... akhirnya kami berjaya mendapat parking. Alhamdulillah. Di Pasar Chao Rasta terdapat macam-macam barang dijual. Tapi paling glamer sekali adalah jeruk. Mak sedara member aku rekomenkan kami membeli jeruk buatan orang melayu.


big fans buah pala
pilih.. jangan tak pilih










tersengih kepuasan lepas memborong jeruk
Model kedai jeruk... hehehe jgn mare...













Jeruk favourite aku adalah jeruk isi mangga ngan asam katok... asam yang kaler itam, biji die kecik-kecik kaler merah... memang terbaeeekkk laaa.... Masing-masing dah tersengih kepuasan setelah memborong jeruk. Tak hengat ke wei balik naik train... pikul la nanti ye.. Dah settle memborong, kami simpan jeruk-jeruk tadi dalam kereta dan singgah ke sebuah butik coklat. Kat sini, ada dia tunjuk buat coklat pelbagai rasa. Ada la tester.. tapi kalau nak beli.. aku tak suggest la sebab harganya agak mahal.

Depan butik coklat

Dah selesai lawatan ke butik coklat, kami bergerak untuk makan tengahari. Tempat makan disuggest oleh makcik kawan aku, sebuah kedai makan depan Masjid Terapung haaa.. bukan Terengganu je ada masjid terapung tau. Menu kami pada tengahari tu ikan bakar. Aku tak amek gambar sebab perut lapar gilerrr.... so sental habis-habisan.

Masjid Terapung @ Floating Mosque
Dah habis makan tengahari, kami singgah ke pantai Batu Feringhi untuk berehat dan layan blues. Macam-macam aktiviti kite boleh buat kat sini. Korang boleh buat island hopping, banana boat, parasailing, naik kuda dan macam-macam lagi. Masa kami sampai tu, kami dikerumuni oleh abang-abang yang menawarkan aktiviti tersebut. Ingatkan nak buat parasailing, tapi bajet tak cukup. Nak naik banana boat pulak.. malas nak basah-basahkan pakaian. So the best choosen is island hopping.

Island hopping
Bot Island hopping


aktivti berkuda
jagung bakar
Dah settle island hopping, kami nampak ada orang jual jagung bakar dengan dadih. Kami serang gerai jagung tu. Memang sedap jagung bakar die. Dah settle membeli jagung, kami nak pulang ke homestay tapi masa nak gerak salah satu dari kereta kami tak boleh start. Alamak!!! Menggelupur la kami...dah la kereta sewa, rosak plak. Nak tak nak, terpaksa mintak tolong abang-abang tadi. Ntah macamana... abang tu try start tetiba boleh pulak. Terus abang tu cakap dengan kami "Ala.. nak no telefon cakap la..." sambil dia sengih-sengih menunjukkan gusi yang takde gigi depan, hehehehe. Kami pon tergelak-gelak.. Malu weeei!!  Setelah mengucapkan terima kasih, kami bergerak ke homestay untuk packing sebab malam ni nak checkout. Lagi satu problem... macamana pulak nak pulangkan kereta ni?? Takkan beramai-ramai nak pegi pulangkan kereta? So... solution kami, hanya driver je yang pegi hantar. Balik dari hantar kereta, kami sempat gak bergambar kat menara jam tu.. hehehe.. rileks la. train jam 10pm.

Hurm... ni la orang yang takleh start kete tu (baju itam)
barisan driver...
sampai senget2 badan...












Dah settle urusan penghantaran kereta, lepas maghrib kami menunggu bas untuk ke jeti. Dari jeti kami akan naik feri untuk ke stesen keretapi Butterworth. Bagi aku Penang salah sebuah negeri yang best untuk dilawati, yang pastinya aku akan datang lagi.

0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member