Jakarta-Bogor : Part 2

Cerita sebelumnya kelik kat sini

Boring kot duduk dalam keretapi cam gini lama. Kalau macam KTM takpe gak, ada kantin, toilet dan katil. Tapi.. keretapi ni macam LRT. Aku ada share pic kat page yang sebelum ni. Selesa memang selesa, tapi.. kami kelaparan. Ada makanan kat dalam bilik, tapi kami lupa nak bawa, sebab mengejar masa. Jadi, lebih kurang 2 jam kami duduk dalam keretapi tanpa setitik air dan makanan. Perut dah bermain lagu dangdut ni. Tahan je la. Tengah syok-syok layan blues tetiba keretapi berhenti di sebuah stesten. Kami terpinga-pinga sebentar kerana kami lihat ramai orang turun dan ramai yang naik. Nasib baik ada sorang kakak tu bagitau kami "keretapi ini sampai Depok sahaja." Kami terus keluar dari keretapi. Lagi satu hal, macamana pulak nak ke Bogor? Aku bertanya pada seorang pengawal disitu keretapi ke Bogor, jawabnya "jalur (baris) 4." Kami terus menuju ke tempat yang dikatakan. Keretapi telah sedia menanti. Rupanya jika nak ke Bogor, takde keretapi direct ye, kena transit. Akhirnya kami sampai di Bogor. Alhamdulillah.


Kota Bogor
,
Welcome to Bogor
Menurut info, ada bas yang direct ke safari. Kami menaiki angkut (aku tak ingat no berapa) ke stesten bas. Sebenarnya kami totally lost, tapi kami cuba bertanya kepada penumpang yang berada dalam angkut tersebut. Akhirnya kami sampai di sebuah stesen bas. Kami mencari bas ke safari, takde pulak jadi kami bertanya pada orang disitu. Kena tunggu kat tepi jalan pulak. Masa tunggu tu, tetiba kami disapa oleh seorang pakcik mempelawa kami menaiki vannya dengan bayaran rph15,000. Takut pulak. Kami cuba menolak dengan baik. Akhirnya kami menahan sebuah teksi bluebird. Pakcik tu cakap kena bayar mahal kerana menurutnya Bogor merupakan daerah lain, jadi kena bayar tol. Disebabkan kami tak nak lewat sampai, jadi kami terus bersetuju. Pakcik teksi tu berjanji akan membawa kami sehingga ke pintu masuk safari. Rupanya perjalanan dari Kota Bogor ke safari mengambil masa lebih kurang 45minit. Sepanjang perjalanan tu, kami kena bayarkan tol seperti yang dijanjikan.Akhirnya kami selamat sampai di safari.

Pintu masuk ke safari
to be continued....

0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member