Kota Tua: Part 1

cerita sebelumnya kat sini

Terlebih dahulu aku nak mintak maap banyak-banyak sebab dah lama sangat tak hapdate blog ni. Story tentang Jakarta pun dah basi. Sangat basi.. berbulan kot...Huauhuahau. Teruk betul la. Okey la let's contiune our journey at Jakarta.

Hari ni kami keluar agak lewat kerana kami akan melawat-lawat disekitar kawasan berdekatan sahaja. Cadangan kami pada hari itu, ke Kota Tua atau dikenali sebagai Old Batavia. Actually, Old Batavia adalah nama lama bagi bandar Jakarta. Sebelum mengambil teksi, kami bersarapan dulu. Jangan tak tau, berdekatan dengan penginapan kami, ada sebuah kedai makan namanya KL Village. Ada KL kat Indonesia. Jangan marah. Menu-menu yang dihidangkan lebih kurang sama dengan Malaysia, cuma rasa dia agak lain sket. Kami order mee goreng.
 

keadaan kedai KL Village.. macam mamak kat K.L

Breakfast kami 




Selesai bersarapan, kami menahan sebuah teksi untuk menuju ke Kota Tua. Ramai orang mengatakan teksi bluebird agak murah, tapi bagi aku sebuah teksi berwarna putih murah sikit. Bukak meter baru 2,000rph. Kalau teksi bluebird 3,000rph. Tapi tak kisah la, mana teksi sampai dulu.. kita naik je. Beza sket je kan. Pagi tu, kami dapat teksi bluebird. Kota Tua tak la jauh sangat dari penginapan kami. Kira-kira 15 minit kalau naik kereta dan tak macet.

Kawasan Kota Tua

Boleh bersiar-siar dengan menyewa basikal

Partner a.k.a best friend
Gambar kat atas tu.. dalam area muzium. Tiket masuk muzium ni aku dah lupaa... Tapi murah. Nanti korang semak sendiri ye..




 

0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member