Cowboy Town Carnival

Day 1 (Part 3)


Okey, kami check in di condotel. Memang sangat selesa untuk family. Dalam condotel ni, ada satu bilik, dua katil besar. Kat luar ada sofa, tv, peti ais... lagi ape ye? Kire complete la untuk sebuah rumah. Condotel kami menghadap padang golf. Okey la da abes cite pasal tempat tinggal. Tak payah panjang lebar sebab aku tak amek gambar pun. Meh aku cite pasal pekan koboi plak. Kalau tak silap aku, pekan koboi ni dibuka pada jam 6pm. So.. kami mengambil keputusan untuk keluar awal sket, sebab risau nak beli tiket nanti kena beratur panjang.  Tepat jam 6pm, kami keluar untuk membeli tiket. Kalau tak silap aku harga tiket masuk adalah RM45 termasuk 4D movie. Macam biasa.. macam-macam ada kat sini. Lepas da beli tiket, korang akan dibekalkan dengan map. Disebabkan banyak show stat selepas maghrib, kami mengambil keputusan untuk makan malam dulu. Korang paham-paham la kalo nak makan kat dalam ni.. mahal giler...Yang menarik kat sini, ada perarakan haiwan dan manusia. Macam-macam rupa, macam-macam gaya. Nanti aku share video ngan korang, tapi video tak berapa cantik.. camera murah je, lagipon kami bukan profesional. Dan kat sini jugak, kawan aku dapat peminat... orang red indian. Tak gitu halimah?

ni la halimah... pencinta haiwan dikalangan kami

yang kt belakang tu bukan group kami...

Perarakan dimulakan dengan kehadiran sekumpulan ayam. Aku nak share video sebenarnya, tapi takleh upload plak. Nanti bile da bleh upload, aku share ngan korang ye. Kendian keluar la bermacam-macam orang dan ragam. Kat bawah ni aku share sket gambar

bukan kat padang pasir je ada unta dan pak shiekh... 

 kapal terbang yang tak boleh terbang


 perarakan kenderaan berhias


ni la peminat halimah....orang Thailand ye..

Perarakan tu berlangsung kira-kira sejam jugak la. Lepas tu kami dihiburkan dengan persembahan api oleh kumpulan red indian tadi. Aku yang panggil persembahan api, sebab nama dia aku tak ingatlah. Time tu, ada la dieorang panggil sorang penonton untuk try hembus api.... minah salleh la dia panggil. Minah tu pun cuba... menjadi jugak.. kirenye bende ni senang la kan. Tapi aku tak pasti air apa yang dia hembus tu... arak ataupon minyak tanah..huhuh.. Persembahan pada malam itu, diakhiri dengan dentuman mercun dan percikan bunga api di langit. Aku rasa macam tahun baru pulak.. sebab ada bunga api.. tapi cantik.. aku ske bunga api.. hehehe. Dah habis tengok bunga api, kami menuju ke 4D movie pula. Masa kami pergi tu, tempat duduk hampir penuh. Kami dibekalkan dengan cermin mata. Bagi aku, tak tengok 4D movie kat sini pon takpe sebab takde la besy mane pon. Aku tak tau la tajuk ape, tapi yang aku ingat kisah di dasar lautan... ala-ala Finding Nemo la.... sebab masa tu cite ni tengah glamerr...kalau tak salah aku tayangan 4D ni cuma 10-15 minit je. Menurut kawan aku yang kaki jalan, kat sini tak berapa menarik kalau nak dibandingkan dengan Genting. Aku tak penah try 4D movie kat Genting, malah aku tak tau pulak ada 4D movie kat situ.. hehehe.
Carnival dan sudah, 4D pon dah sudah... dah puas berjimba-jimba dan berposing-posing... terasa dahaga pulak... so dalam perjalanan pulang ke condotel, kami singgah di sebuah warung kat tepi jalan.

0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member