Ice Dome - Songkla - Floating Market

Day 3 (Sambungan)

Tepat jam 2.30pm (waktu Malaysia) bas datang ke hotel untuk membawa kami ke Songkla. Dalam perjalanan ke Songkla, kami lalu di Ice Dome. Tempat tu lebih kurang macam ICT, Shah Alam. Macam biasa, tak semua ahli rombongan nak masuk ke Ice Dome termasuk aku dan member. Kami cuma bersiar-siar dan bergambar di luar kawasan je. Tiket masuk untuk ke Ice Dome adalah 300THB.

depan ice dome je
Happy Feet!!




 gambar kat atas tu sebahagian dari kawasan Ice Dome
Besar giler kawasan Ice Dome ni, letih kami berjalan-jalan. Dah penat berjalan-jalan, kami naik tramp untuk naik keatas bukit. Dari atas bukit tu, boleh view satu Hatyai dan selain tu ada patung Buddha besar warna gold kat atas bukit tu. Bayaran tramp adalah 50THB seorang.

Ahli rombongan yang menaiki tramp


kegembiraan wajah sebahagian ahli rombongan
Lama jugak kami kat atas bukit ni. Dah siap bergambar-gambar, kami naik semula tramp untuk turun ke bawah. Oh ye, kalau tak salah aku selain menaiki tramp, kita boleh juga naik kereta kabel untuk melihat pemandangan. Bayaran untuk naik kereta kabel aku tak tau. Dah selesai melawat-lawat sekitar ni, kami berkumpul semula di Ice Dome untuk meneruskan perjalanan ke Songkla. Ice Dome ke Songkla tak la jauh, lebih kurang 30km. Akhirnya, kami sampai di Songkla. Kami melepak di tepi pantai Samila dan bergambar. Kami tak lepaskan peluang untuk bergambar di patung Mermaid berwarna emas yang merupakan trademark kepada pantai Samila ni.


dengan Mermaid statue
Mermaid statue
Selain ada Mermaid statue, ada jugak statue Tom & Jerry. Aku tak tau la apa kisah statue ni. Tapi kalau tengok patung ni, seolah-olah tikus tu merayu pada kucing.. ala macam cerita Tom & Jerry.


Tom & Jerry statue
Samila Beach
Dah selesai bergambar-gambar, tiba la masa kami untuk bergerak ke Floating Market. Makan time. Sebelum ke floating market, kami dibawa ke masjid Songkla untuk bersolat jama'. Dah selesai semua bersolat, kami pun menuju ke floating market, untuk lunch + dinner. Macam-macam makanan ada kat sini, dan paling aku suka minuman akan diletak dalam bekas tanah liat dengan pelbagai bentuk.

Bekas-bekas tanah liat dan peniaganya...
Macam-macam makanan dan minuman yang kami try kat sini. Alhamdulillah, dah kenyang.. Selepas tu kami bergerak pulang ke hotel. Aku dan member-member aku tak macam biasa, bukan boleh duduk diam kat bilik. So, beberapa daripada kami mengambil keputusan untuk buat foot massage... hehehe. Ni first time ni aku try foot massage, bak kata tukang urut tu "Foot Massage is Good!" sambil buat dia buat thumbs up. Hehehehe... So, kami pulang semula ke hotel untuk berehat dan packing. Esok kami akan bertolak untuk pulang ke Malaysia.






0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member