Pekan Jerantut, Pahang

Assalammuaalaikum.... Sorry sebab da lama tak buat apa-apa dalam blog ni. Kemalasan yang amat ketara melanda aku dan ditambah pulak dengan rencah-rencah masalah... Tapi alhamdulillah... dapat jugak diatasi atas izin Allah. Okey aku nak sambung cite trip aku ke Taman Negara, Pahang.


Hari Pertama (31 March 2012)-Part 1

Kami mengambil pakej untuk ke Taman Negara masa Matta Fair hari tu. Nama kampeni tu, Greenleaf Holiday & Tours. Bagi aku okey kot. Kos dia seorang RM249 untuk 2hari 1malam. Complete semua, cuma dari KL je naik kenderaan sendiri. Kami bertolak dari Kuala Lumpur pada jam 8.30 am menuju ke Jerantut. Sempat jugak kami breakfast di area Taman Melati, Gombak. Pada mulanya kami bercadang nak bertolak pada jam 7am, tetapi memandangkan ada beberapa masalah yang tak dapat dielakkan kami kena tukar timing. Lepas dah breakfast, kami menuju ke Jerantut. Perjalanan dari KL-Jerantut, mengambil masa kira-kira 3-4 jam. Aku rasa, kami tak berhenti kat mana-mana pun. Terus je menuju ke Jerantut, melalui Karak. Banyak pulak tol-tol yang terpaksa dilalui. Takde la mahal sangat kot. Kami berjanji untuk berjumpa dengan guide kami pada jam 12 tengahari di pekan Jerantut. Akhirnya kami sampai di pekan Jerantut pada jam 11am. Fuhh!!! Boleh tahan laju kawan aku bawak lagipun keadaan trafik yang amat okey pada masa tu. Kat pekan tu, kami jumpa abang ipar Tiar. Dia orang felda. Kawan aku, Erna batuk-batuk katanya. Memandangkan masih awal, kami pun pergi ke klinik yang berdekatan. Nama klinik tu, klinik Jauhar. Memang oldskool klinik ni. Takde pulak aku amek gambar klinik ni. Dah selesai urusan di klinik, aku call agent tu. Orang tu cakap, office dia berdekatan dengan AmBank. Kami bergerak menuju ke AmBank. Opis agent ni kat tingkat atas AmBank. Kat situ, kami berjumpa wakil Greenleaf. Menurut akak tu, guide kami belum sampai lagi. So kena tunggu kejap la. Kami menanti dengan penuh kesabaran, dan akak tu macam tau-tau je kami dahaga. Kami dihidangkan dengan air mineral sorang secawan, sambil-sambil tu kami melihat gambar-gambar aktiviti yang boleh dilakukan di Taman Negara. Fuuhhh!! Memang banyak aktiviti dan sangat-sangat menarik. Tetiba akak tu cakap... "korang nanti akan masuk gua kan?" Aiks?? Tak tertulis pulak dalam iteneri yang diberi sebelum ni. Rupanya... tu bonus sebab kiteorang book masa matta fair.. Yesss... memang nak masuk gua, tapi bila tengok bajet.. mahal juga. So kami pendamkan aje... dan alhamdulillah.. rezeki kami dapat bonus... Hehehe. Tepat jam 12.30, guide kami sampai. Nama dia Azman. Dia bagi briefing untuk aktiviti kami selama 2 hari, dan akan sentiasa bersama beliau.. Ecehhh.. Package kami bermula dengan makan tengahari di pekan Jerantut. Boleh tahan la masakan dia, cuma.... tak pedas... masakan dia chinesse food, tapi sebab lapar.. hentam sajalah. Layan gambar ye...

Menu makan tengahari
Dah selesai makan tengahari, kami pun bergerak ke Taman Negara... nanti tunggu sambungan ye








0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member