Taman Negara, Pahang

Hari Pertama (31 March 2012)-Part 2

Sambungan dari Part 1

Aku tengok jam, masa tu baru jam 1.00pm. Kami singgah di sebuah pasaraya, untuk membeli air dan jajan. Menurut brader Azman, air memang kena beli kat pekan Jerantut sebab air kat sana mahal sikit. So, kami pun membeli air serta sedikit jajan untuk buat kunyah-kunyah dikala kebosanan menjelma.. Huhu. Perjalanan dari pekan Jerantut ke Taman Negara, mengambil masa 1 jam. Kami follow Pajero brader Azman. Dalam perjalanan tu, banyak kampung-kampung yang kami lalui, termasuk la kampung Mat Daling. Aku pernah sampai kg Mat Daling. Aku join program anak angkat anjuran opis aku, tapi memang best aktiviti ni. Aku pun tak tau kenapa opis aku tak anjurkan aktiviti camtu lagi. Asyik-asyik pertandingan mancing. Kalo kaki pancing takpe.. Eh sorry.. teremo plak. Melalut bukan perkara yang berkenaan. Okey, jom sambung.

Masa tu, mata masing-masing dah mengantuk sebab kenyang yang teramat sangat, sampaikan Tiar cakap dia dah ternampak-nampak katil di bilik. Hehehe.. kami semua sedaya upaya untuk membesarkan mata masing-masing sebelum sampai di Taman Negara. Akhirnya, kami sampai di Taman Negara jam 1.45pm. Masing-masing pecut, maklumla takde lampu dan kamera.. hehehe. Sebelum check in, brader Azman brief lagi skali... aktiviti membasahkan diri (rapid shooting) akan bermula pada jam 3.30pm. Penginapan kami jenis dorm dan kipas. Murah dan bajet. Dah dapat kunci, kami terus masuk ke bilik.

Layan blues sebelum check-in
Ena & Tiar.. menanti kunci bilik masing-masing


Brader Azman satu bilik ngan budak laki, manakala aku dan Ena, satu bilik. Bilik kami bebetul menghadap ke sungai. Kalau boring-boring, boleh layan blues kat tepi sungai ye. Memandangkan bilik untuk 4 pax tu belum berpenghuni masa kami sampai, kami conquer dedua katil bawah. Sape check in kendian, dok la katil atas tu ha... Kami mengambil kesempatan untuk membersihkan diri dan menunaikan kewajipan. So far, aku berpuas hati dengan bilik dan toilet. Walaupon sharing.. ia bukan unisex ye. Tapi.. bersih dan selesa, dan lagipun aku perhatikan, masa kami datang ni kiranya bukan peak hour. Menurut brader Azman, tourist ramai dalam bulan April - June sebab apa ramai time tu? Aku tak tau. Aku tengok jam, masih ada masa sebelum jam 3.30pm. So... memandangkan kami bangun awal, memang mengantuk giler la.. nak pulak time camtu memang time bermalas-malas, kami ambil kesempatan apa lagi... ZZZzzzzzz....

0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member