Pasar Baru...

Hari Pertama (Part 2) - sambungan dari part 1 kelik kat sini

Aku tak pasti hari tu kami sampai di Bandung pukul berapa. Fuhhh!!! Ramai giler orang kat airport ni. Airport Bandung ni kecik je. Kami beratur panjang untuk cop pasport, sampai keluar dari pintu dan berpanas. lama kami beratur siap sempat pergi toilet pun tak sampai-sampai lagi kat kaunter Fuuhh!!!  Aku rasa kalau airport Bandung ni diperbesarkan sedikit, bagus jugak. Kalau tak salah aku time tu 2 kaunter je bukak. Akhirnya, sampai la giliran kami yang 10 orang ni...dan selesai.

bergerak menuju ke imigresen
Dah selesai semua urusan cop pasport kami mencari-cari guide dan tak susah sebab Dhira dan adiknya kenal guide tu. Nama guide tu Roslan dan lebih dikenali dengan abang Lan dalam bahasa Indonesia, mas Lan giteww.. tapi kami tetap panggil dia abang Lan sweet-sweet gitu orangnya. Selesa kenderaan yang disewa ni. Memang ngam-ngam muat 11 orang termasuk pemandu. Ilya duduk depan, kami semua di belakang..

Kenderaan kami..
selesa... siap menguap-nguap lagi...
Memandangkan kami semua kelaparan kerana tak sempat breakfast, jadi kami request kepada abang Lan supaya bawa kami pergi makan terlebih dahulu. Abang Lan membawa kami ke sebuah restoran. Masa kami sampai, ramai orang menjual souvinier kat luar restoran tu, tapi kami abaikan sebab perut dah lapar. Nampak restoran tu agak mewah. Aku tak ingat la nama restoran tu, tapi hidangan dia memang best dan sedap. Paling aku suka skali dia punya sambel ijo (betul ke ejaan aku ni?) Disebabkan aku terlalu suka sambal ni, aku sanggup mencari resepinya di internet dan aku cuba buat, walaaaa... akhirnya membuahkan hasil. Sambal ni juga disukai oleh best friend aku. Kalau teringin, tak payah pegi bandung, buat sendiri je.  Ehh?? Apa aku merepek ni? Sorry cerita terkeluar dari landasan. Hehe. Sambung semula .....

antara menu pilihan kami
Kami makan dengan penuh selera, maklumla kelaparan. Kire terbaik la makanan kat Bandung ni. Kat sini, kami akan dihidangkan dengan semua jenis lauk. Kami cuma ambil yang mana kami nak makan je, sebab kalau kami sentuh semua, walaupun sedikit charge tetap dikenakan. 

masing-masing tak sabar nak terkam...

Dah selesai makan dan buat bayaran, kami menuju ke hotel. Waktu tu, masih awal kami berbincang dan akhirnya kami tak jadi nak check in awal sebaliknya kami request nak ke Pasar Baru untuk survey-survey kain dan barang-barang lain. Memang tujuan kami ke Bandung adalah shopping. Waktu tu, aku tengok jam baru pukul 2 petang waktu Malaysia. Kalau tak salah aku, waktu di Indonesia cepat sejam dari Malaysia. Kalau salah, betulkan la ye. Huhuhu.... siang tu, kami ke Pasar Baru je. Ada jugak diantara ahli rombongan dah mula membeli kain. Aku tak beli apa-apa lagi.. rileks.. esok masih ada. Huhuhuhu...

sempat pose masa beli kain..
Pasar Baru merupakan sebuah kompleks membeli belah. Bangunan ni mempunyai 7 tingkat. Setiap tingkat mempunyai kedai-kedai yang berlainan. Kat sini, kita boleh tawar menawar harga. Bargain sampai lebam. Kalau dia tak bagi harga yang korang nak, takpe gerak je pergi kedai lain. Lama jugak kami di Pasar Baru ni. Dah puas survey-survey barang, kami semua meninggalkan Pasar Baru. Kalau korang nak bershopping di Pasar Baru, elok la pergi pada hari Isnin-Khamis. Kalau pergi Jumaat-Ahad dah dikira super peak hours. Orang ramai giler, sesak dan agak pening kalau nak buat pilihan dan yang paling penting kita susah nak bargain sket, sebab dieorang ramai pelanggan yang nak dilayan. Kami check in di hotel Carrcadin. Aku tengok bilik hotel ni, memang selesa besar dan luas, dan bilik aku bersambung dengan member lain. So boleh la bergosip-gosip.. Hehehehe. Aku tak tau la berapa bintang hotel ni dan yang aku tau selesa sangat-sangat. Aku sebilik dengan Halimah, bff aku, dan bilik sebelah plak Ena, bff dengan kawan dia. Kami berehat dan bersolat jama. Malam nanti kami akan keluar makan malam. 


0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member