Cerita sebelumnya sila kelik kat
sini
Kalau tak aku
dah “hapdate” blog aku ni semalam lagi. Masa aku buat editing, tetiba lupa nak
save, habis semuanya. Aaaarrghhhh… dengan ini, aku taip dan repeat semula.
Aktiviti kami
pada hari ni adalah Bogor. Aku bagi sedikit info mengenai Bogor. Ia dikenali
sebagai kota hujan kerana hujan kerap turun di kawasan tersebut. Masa aku datang
sini pun, tak la panas giler macam Jakarta. Disini terdapat tempat-tempat menarik seperti Istana Bogor, Kebun Bunga Bogor, Puncak dan sebagainya. Kalau nak tau lagi boleh tengok kat
sini
Pagi-pagi lagi
kami dah bangun dan bersiap-siap hendak ke Bogor. Tujuan utama kami ke Bogor sebab nak ke safari. Keluar je dari hotel, kami
disapa oleh seorang abang supir bertanyakan arah tujuan kami. Dengan jujur,
kami menjawab “Bogor.” Terus abang tu cakap “lumayan”. Beliau menawarkan
perkhidmatannya untuk membawa kami ke sana. Kami tak tanya harga sebab mesti
mahal punya, dah la berdua aje naik avanza lak tu. Jadi, kami menolak dengan
baik, dengan memberi alasan nak menaiki keretapi. Terus abang tu bagitau, jika
nak menaiki keretapi ke Bogor, haruslah menaiki dari stasiun Gondangdia. Ntah
apa yang “digondangkan” tidak kami ketahui. Hahaha… merapu la plak. Katanya
lagi “bisa jalan kaki saja.” Kami cuma menggangguk, walhal dalam kepala masih
nak ke Stasiun Gambir.
Waktu tu aku
tengok dah pukul 7.00 pagi. Kalau lewat pukul berapa pulak boleh sampai ke
Bogor. Sampai kat tepi jalan, kami terus menahan teksi , “Stasiun Gambir pak”
kata kawan aku. Pakcik teksi tu angguk. Sampai je kat stasiun Gambir, kawan aku
tanya lagi untuk confirmkan sekali lagi “kalau mau ke Bogor bisa naik keretapi
dari stasiun ini (Gambir)?” Jawab pakcik tu “Owwhhh ngak boleh, disini stasiun
besar, jika mau ke Bogor, bisa ambil tiket di stasiun Gondangdia atau Juanda.”
Prraanngg!!
Rasa macam kena panah petir pulak. Kami teringat kata abang supir tu “jika mau
ke Bogor, harus menaiki keretapi di stasiun Gondangdia.” Rasanya kalau abang tu
ada kat situ, mesti kaw-kaw kami kena gelak. Yela dah bagi direction oleh orang
tempatan, tapi tak nak dengar. Sombong betol.. tapi hakikatnya kami tak sombong
cuma kami dapat info dari internet mengatakan boleh menaiki keretapi dari
stasiun Gambir untuk ke Bogor. Lesson: Don’t trust 100% info from internet.
Untuk
memuaskan hati kami, pakcik teksi tu tolong bertanya pada salah seorang
pengawal di situ. Pengawal tu cakap ‘Udah tutup.” Akhirnya, kami minta pakcik
teksi tu membawa kami ke stasiun yang terdekat, iaitu stasiun Juanda. Setelah
membayar tambang teksi, kami terus menuju ke kaunter tiket. Menurut sumber dari
internet yang aku dapat, terdapat 3 kelas iaitu kelas ekonomi (2,000rph),
ekonomi a/c(7,000rph) dan bussines express(12,000rph). Dengan selambanya, aku
minta 2 tiket bussines experess dan jawapan yang aku dapat “Udah tiada” Aku
ingatkan dah habis, rupanya telah dimansuhkan. Aku terus minta ekonomi a/c
sebab aku tak tau macamana suasana hari raya.. erkk maksud aku suasana keretapi
berkelas ekonomi, sebab aku rasa yang mahal tu mungkin lebih baik kot.
|
tiket commuter line |
|
Stasiun Juanda
|
Dah selesai
hal tiket, kami terus ke tempat menunggu. Aku lihat stasiun keretapi ni tak
ubah seperti stesen LRT, cuma ianya agak mundur sedikit. Kami duduk di sebelah
seorang budak perempuan. Sementara menunggu keretapi sampai, kawan aku
mengambil peluang berbual-bual dengan budak perempuan tu. Menurut budak tu, dia
belajar di Universiti Bogor. Setiap kali ada kelas, dia akan berulang alik dari
Jakarta ke Bogor. Sementara kawan aku berbual-bual dengan budak perempuan tu,
aku sempat ambil gambar keadaan stasiun tu. Gambar budak perempuan tu pun ada.
|
keadaan stasiun |
|
macam stesen LRT tak |
|
khusyuk berborak |
Kemudian, dia
meminta diri kerana keretapinya sudah sampai. Menurutnya, dia mengambil tiket
kelas ekonomi sahaja. Perggghhh!!! Gile hebat suasana keretapi kelas ekonomi.
Selalu aku tengok dalam televisyen je, tapi kali ni terjadi di depan mata. Agak-agak kalo aku beli tiket kelas ekonomi ni kat mana kiteorang nak naik ye? Tak panas ke dok atas bumbung tu? Sila
lihat gambar di bawah..
|
Ada nampak wanita tak? |
Hahaha… Maka
tinggal la kami menunggu keretapi kami yang masih belum kunjung tiba. Kira-kira
15 minit kemudian datang sebuah keretapi. Kami cuba mendengar pengumuman yang
dibuat tetapi tak berapa clear. Untuk memastikan itu adalah keretapi ke Bogor,
maka aku cuba bertanya kepada seorang cowok (remaja lelaki), “keretapi ini ke
Bogor?” Cowok itu tersenyum lalu menggangguk. Gantang juga senyumannya ya…
Hahaha.. Tanpa berlengah kami terus menaiki keretapi tersebut. Memang keadaan
yang amat selesa. Rasa macam naik komuter pulak… ye la dah nama pun commuter
rail kan. Okey la, tamat sampai sini dulu. Nanti aku sambung lagi ye….
|
Selesa... |
|
selesa walaupun RM2.50... |
to be
continued…..
0 comments:
Post a Comment