Trip to Surabaya

Assalammualaikum. Hi semua...

Dah lama gila tak hapdate blog ni. Bersawang dah ni. Aku baru settlekan mungkin ni trip terakhir aku pada tahun 2014. Aku jarang buat trip berkonsepkan nature dan xtreme mcm ni. Selalunya aktiviti aku adalah leisure and rileks. 

Trip kali ni tak ramai yang join. 6 orang je. Berbaloi-baloi dengan aktiviti yang aku buat ni. Aku tak pernah buat kat Malaysia aktiviti ni.. Kirenya first time aku buat kt Surabaya, Indonesia. Kami bergerak dari KLIA2 pada 28 Oct 2014. Flight kami jam 6.30 ptg. 

Aku paling lewat check in sebab hujan lebat gila masa aku nak kuar rumah. So.. Aku rileks dulu. Agak hujan renyai sikit aku pun gerak pegi Stesen Komuter. Jalan kaki je.. Tak jauh dari rumah. Tunggu Komuter punya la lama. Sampai kl sentral aku berlari amek bas pegi KLIA2. 

Alhamdulillah.. Akhirnya aku sampai KLIA2. Aku terus check in dan drop luggage. Settle semua aku jalan rileks-rileks pegi gate Q7. Then sebab ada masa aku pegi toilet touch up sket. Serabai abes aku masa tu. 

Okey da siap touch up duduk balik kt tempat menunggu sambil berwhatsapp. Trip kali pertama ke Surabaya ni aku agak teruja sebab ada kawan baru yang join. Walau semua baru kenal Tapi alhamdulillah semua ok. Akhirnya kami di panggil untuk boarding time. Flight petang tu tak penuh. So bole la tukar seat. Siap bole baring lagi. Perjalanan mengambil masa selama 2.5am. Boring dok dlm flight. 

Nasib baik ada.book makan. Huhuhu. Lega. Tunggu dieorg bagi makanan lepas tu aku Membuta sepanjang perjalanan. Mengantuk wei. Sedar-sedar dia cakap da nak landed. Aku tak pasti pukul berapa touchdown Juanda. Yang penting WiFi dia laju. Sampai airport terus isi arrival kad. Aku tak tau la kenapa kali ni takde diberi arrival kad dalam flight. Selalunya ada je. Ni takde da. 

So da siap isi arrival kad, cop passport, scan beg semua, ambil luggage kiteorg mulakan misi. Check in kat Facebook. Hahahaha..








0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member